• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Xforce Mula Eksport dari Indonesia ke Vietnam, Negara Asean Lain Bakal Menyusul

Mitsubishi Xforce Mula Eksport dari Indonesia ke Vietnam, Negara Asean Lain Bakal Menyusul

February 29, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MITSUBISHI Xforce
diperkenal di Indonesia pada Ogos 2023 dan tidak perlu menunggu lama, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu kini dieksport ke Vietnam.

Xforce dikeluarkan di kilang PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia (MMKI). Selepas Vietnam, model itu bakal menyusul ke negara Asean lain seperti Filipina.

Mitsubishi juga merancang mengeksport Xforce ke Asia Selatan, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika. Majlis penghantaran Xforce dilakukan di pelabuhan Tanjung Priok dengan dihadiri wakil pemerintah Indonesia dan Jepun serta pihak berkaitan Mitsubishi.

Tidak seperti negara Asean lain, Vietnam dan Filipina menggunakan pemanduan sebelah kiri (LHD). Berikut ciri Mitsubishi Xforce versi Vietnam

  • Enjin: 1.5L DOHC MIVEC
  • Output: Kuasa 103hp @ 6,000rpm, dan tork 141Nm @4,000rpm
  • Pacuan: Pacuan dua roda (2WD)
  • Dimensi: Panjang 4,390mm, lebar 1,810mm, dan tinggi 1,660mm

Dari segi dimensi berbanding pesaing lain, Mitsubishi Xforce lebih panjang, lebar dan tinggi berbanding Honda HR-V dan Proton X50. Berikut ciri Xforce di Indonesia:

  • Transmisi automatik CVT dengan suspensi yang ditala mengikut jalan Asean.
  • Rim 18 inci.
  • Jarak tinggi bumi 222mm.
  • Jarak kelegaan depan (approach angle) 21º.
  • Jarak kelegaan belakang (departure angle) 30.5º.
  • Radius pusingan minimum: 5.2 meter.
  • Berat 1,245kg.
  • Ada empat mod pandu: Normal, Wet, Gravel dan Mud.
  • Kluster instrumen digital 8 inci.
  • Unit infotaiment skrin sentuh 12.3 inci.
  • Sistem audio Dynamic Sound Yamaha Premium.

Kilang MMKI di Bekasi memulakan operasi pada April 2017 dengan kapasiti pengeluaran 220,00 unit kenderaan setahun. Fasiliti dengan sekitar 3,600 pekerja itu mengeluarkan model Mitsubishi seperti Pajero Sport, Xpander, Xpander Cross, Colt L300, Xforce dan L100 EV (Minicab EV di Jepun).

Menariknya, pengeluaran van komersial elektrik L100 EV adalah pertama luar Jepun.

Mengenai Xforce dengan Mitsubishi menyebut negara Asean, adakah pasaran tempatan juga tersenarai? Kami optimis model itu bakal menjengah pasaran tempatan berdasarkan dua sebab. Sebabnya, penerimaan terhadap SUV menggalakkan dan Mitsubishi ketika ini hanya menawarkan Triton dan Xpander saja di pasaran tempatan.

Namun, untuk memiliki harga berdaya saing, Xforce perlu dipasang dalam negara seperti Xpander yang dipasang di kilang HICOM di Pekan, Pahang.

Mitsubishi Xforce Eksport ke Vietnam

Mitsubishi Xforce 2023 (Indonesia)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Mitsubishi, Mitsubishi Motors, Mitsubishi Xforce, MMKI, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia, PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Indonesia (MMKI)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my