• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Proton Terus Meningkat Sepanjang Januari 2024

Jualan Proton Terus Meningkat Sepanjang Januari 2024

February 5, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PROTON menikmati permulaan tahun terbaik sejak 2013 dengan jualan 12,882 unit kenderaan di pasaran dalam dan luar negara sepanjang Januari lalu.

Ini meletakkan pengeluar nasional itu satu-satunya jenama automotif yang mencatat prestasi jualan lebih baik berbanding Disember 2023, meningkat 1.3 peratus berbanding Januari 2023 (meningkat 10.3 peratus), sekali gus mengekalkan tempat kedua dalam jadual jualan.

Model terbaharu, Proton S70 bermula dengan 1,442 unit mula dihantar sejak Januari lalu dengan menerima lebih 8,000 tempahan. Proton turut memasuki pasaran Brunei dengan 15 unit dihantar sebelum dilancarkan secara rasmi di negara jiran itu, bulan ini.

Kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X50 mengekalkan takhta sebagai raja SUV segmen-B sejak dilancarkan tiga tahun lalu dengan jualan 2,002 unit sepanjang bulan lalu. Begitu juga Proton Persona yang menjadi sedan segmen-B terlaris jenama itu dengan jualan 1,846 unit.

Model paling premium, Proton X90 turut mencatatkan prestasi baik sebagai peneraju SUV segmen-D dengan jualan 365 unit sepanjang Januari lalu. Kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C, Proton Exora kekal relevan walaupun sudah ditamatkan pengeluaran dengan jualan 203 unit.

Proton Saga pula mengukuhkan kedudukan sebagai model jenama itu paling laris  sepanjang Januari 2024 dengan jualan 6,129 unit. Model lain, Proton Iriz melonjak 7 peratus berbanding Disember 2023 dengan 523 unit terjual, manakala Proton X70 dijual 372 unit pada bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton teruja memulakan 2024 dengan kuat disebabkan penghantaran kukuh model baharu S70.

Dengan sambutan menggalakkan daripada pembeli, Proton berdedikasi memenuhi permintaan yang meningkat daripada pelanggan.

"Selain itu, pasukan Proton bekerja gigih bagi memastikan penghantaran tepat pada masa," katanya.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jualam Proton Januari 2024, jualan proton 2024, Proton Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my