• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda Percepat R&D Enjin Rotari Neutral Karbon Libatkan 36 Jurutera!

Mazda Percepat R&D Enjin Rotari Neutral Karbon Libatkan 36 Jurutera!

February 28, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS lama bermain dengan teknologi enjin pembakaran dalaman (ICE) SkyActiv, Mazda kembali kepada teknologi yang menjulang namanya satu ketika dahulu, iaitu enjin rotari (RE)!

Mazda akan mempercepat program penyelidikan dan pembangunan (R&D) RE yang disesuaikan mengikut era baharu dalam usaha meneruskan agenda keseronokan kereta.

Mazda bersikap realistik, agenda keseronokan kereta dibuat melalui penyelesaian yang bersesuaian bagi merealisasikan masyarakat neutral karbon. Ada bau-bau alam sekitar? Begitulah tuntutan dunia sekarang.

Sekumpulan kakitangan, yang dipanggil RE Development Group sudah dihidupkan semula dalam Jabatan Pembangunan Teknologi Trenkuasa di bawah Bahagian Pembangunan Trenkuasa pada 1 Februari lalu.

Divisyen baharu itu akan meneruskan pembangunan RE sebagai generator dan akan melakukan R&D dalam bidang pematuhan peraturan di pasaran utama serta penggunaan bahan api neutral karbon.

Berikut ringkasan ulasan Pengarah, Pengurus Pegawai Eksekutif Kanan dan Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Mazda, Ichiro Hirose (foto atas):

  • Dalam tempoh enam tahun lalu, jurutera RE menjadi sebahagian organisasi pembangunan yang terlibat dalam pembangunan fungsi ICE canggih dan penambahbaikan ketara dalam kecekapan.
  • Pasukan jurutera meluaskan perspektif menjangkaui sistem enjin dan melatih diri sendiri untuk menguasai Pembangunan Berasaskan Model (Model-Based Development, MBD) yang menjadi antara kekuatan kejuruteraan Mazda.
  • Sebanyak 36 jurutera dihimpunkan dalam satu kumpulan untuk menghasilkan pencapaian baharu dalam R&D RE.

Sebagai rujukan, Mazda kali pertama menggunakan RE pada Cosmo Sport yang diperkenal pada 1967 dan berterusan digunakan dalam pelbagai model, termasuk trak pikap.

Mazda turut menjalankan kerja penambahbaikan dari segi kuasa, penulenan gas ekzos, penjimatan bahan api dan ketahanan. Mazda juga satu-satunya pengeluar yang menghasilkan enjin rotari secara besar-besaran.

Pada Jun 2023, Mazda kembali menghasilkan enjin rotari untuk kenderaan umum selepas 11 tahun dan kali terakhir digunakan pada Mazda RX-8.

Enjin rotari baharu ini bukan bertindak sebagai penggerak roda, tetapi generator yang membekalkan kuasa kepada komponen elektrik Mazda MX-30 e-SkyActiv R-EV yang juga model ke-12 dengan RE.

Enjin petrol 830cc dengan radius rotor tunggal 120mm dan lebar 76mm menghasilkan 74hp atau 125kW (170ps/168hp) daripada keseluruhan sistem. Bagaimanapun, Mazda belum memaklumkan perancangan model mana yang akan dimuatkan RE terbaharu itu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, enjin rotari (RE), Ichiro Hirose, mazda, Roda4, Rotary Engine (RE)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my