• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Apa Perlu Anda Tahu Tentang GAC GS3 EMZOOM 2024?

Apa Perlu Anda Tahu Tentang GAC GS3 EMZOOM 2024?

February 1, 2024 By Han Othman Leave a Comment

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUBSIDIARI penuh Warisan TC Holdings Bhd, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), semalam secara rasmi membuka tempahan model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, GAC GS EMZOOM 2024 dengan deposit serendah RM1,000 dan 100 tempahan awal berpeluang dijemput ke acara persendirian.

Berikut apa yang perlu anda tahu mengenai GAC GS EMZOOM 2024 yang bakal dijual pada harga bawah RM130,000!

ENJIN TURBO, TRANSMISI DCT

  • Ada dua varian ditawarkan: Exclusive dan Premium-R.
  • Dijana trenkuasa petrol 4-silinder 1.5L pengecasturbo dengan output kuasa 175hp (177ps) @ 5,500rpm dan tork 270Nm @ 1,400rpm.
  • Transmisi automatik dual-klac (DCT) 7-kelajuan dalam pacuan roda depan (FWD).
  • Penggunaan bahan api 5.9 liter per 100km.

LUARAN

  • Rekabentuk kali ini lebih bersegi dan tajam yang dapat dilihat pada  rekaan gril krom bilah vertikal, cermin sisi, bentuk badan sisi, depan dan belakang, termasuk bonet dan bampar.
  • Lampu kini LED sepenuhnya untuk lampu utama, belakang dan signal belok.
  • Dibina berasaskan platform GPMA dengan dimensi panjang 4,410mm (lebih panjang 52mm daripada model terdahulu), lebar 1,850mm (lebih lebar 25mm) dan jarak roda 2,650mm (lebih panjang 90mm).
  • Rim aloi 18 inci dengan rekaan lebih menarik dan dibalut tayar bersaiz 225/55 R18.
  • Dual-ekzos yang berfungsi sepenuhnya (bukan sekadar kosmetik).

DALAMAN

  • Papan pemuka disepadukan bersama unit infotainment dalam satu panel horizontal dengan kluster intrumen digital penuh.
  • Stereng jenis bawah rata.
  • Tombol gear kristal dengan sudut konsol butang kawalan penyaman udara, termasuk corong penyaman udara dan skrin unit infotainment sedikit miring ke arah pemandu untuk akses lebih mudah ketika memandu.
  • Ada perehat lengan di depan (dengan storan simpanan) dan belakang (depan pemegang cawan).

  • Ada bumbung bulan (moonroof).
  • Ciri keselamatan belum didedahkan, tetapi kemungkinan besar dilengkapi teknologi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) syang setanding model pesaing masa kini.

Related

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GAC GS3 EMZOOM 2024, Roda4, tahukah anda, Warisan TC Holdings Bhd, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my