• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMOTO Bakal Lancar 800 MT-X dengan Enjin KTM LC8c?

CFMOTO Bakal Lancar 800 MT-X dengan Enjin KTM LC8c?

February 1, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA November lalu, CFMOTO mempamerkan beberapa model konsep motosikal masa depan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2023 di Itali.

Salah satunya ialah motosikal advencer MT-X dan maklumat terbaharu diterima CFMOTO sudah pun mengemukakan pendaftaran rasmi model berkenaan.

CFMOTO MT-X
KTM 790 Adventure

Portal Cycleworld melaporkan, walaupun CFMOTO tidak mendedahkan perincian MT-X, tetapi model itu dibangunkan menggunakan enjin dwi-silinder sebaris KTM LC8c, iaitu trenkuasa sama digunakan pada model semasa CFMOTO Ibex (juga dipanggil 800 MT di beberapa pasaran lain).

CFMOTO IBEX 800 Sport
CFMOTO IBEX 800 Touring

Sebagai makluman, CFMOTO dan KTM ialah rakan usahasama di China yang mana pengeluar dari Negara Tembok Besar itu  terlibat dalam pembuatan enjin untuk model KTM.

CFMOTO buat masa ini menggunakan versi enjin LC8c 799cc (KTM 790 Duke dan 790 Adventure), dan bukan trenkuasa KTM 889cc (890) atau 947cc (990).

CFMOTO Ibex lebih kepada tunggangan touring atas jalan raya biasa, manakala model konsep MT-X pula dilihat mengisi ruang untuk tunggangan off-road.

Berdasarkan foto pendaftaran rasmi dan laporan, model pengeluaran MT-X menggunakan frem tubular keluli mirip KTM  790 Adventure dengan konfigurasi tangki minyak kembar.

Imej CAD mendedahkan bentuk tangki minyak berbeza berbanding KTM, tetapi dipasang pada posisi sama yang memberi beberapa kelebihan seperti menurunkan pusat graviti, memudahkan pengendalian dan memberi kelegaan posisi kaki penunggang.

Model pengeluaran MT-X juga mempunyai beberapa perbezaan berbanding model konsep di EICMA 2023, iaitu sistem ekzos bukan Akrapovic dan tiada fairing penutup brek cakera.

Pelana model pengeluaran juga memiliki bentuk lebih praktikal dengan bar bonceng dan posisi madgad depan lebih sesuai dengan keperluan tunggangan.

Apa dapat dilihat sama antara model konsep dan model pengeluaran ialah rim multijejari dengan tayar off-road 21 inci (depan) dan 18 inci (belakang) serta kaliper brek Brembo.

Panel meter kekal 8 inci jenis TFT, tetapi model pengeluaran menerima panel badan dan lampu utama serba baharu.

SUMBER: Cycleworld

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, CFMOTO 800 MT-X, CFMOTO Ibex 800, ktm lc8c, Pameran Motor Milan (EICMA), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev