• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / WTCA Buka Tempahan SUV Subkompak, GAC GS3 EMZOOM 2024

WTCA Buka Tempahan SUV Subkompak, GAC GS3 EMZOOM 2024

January 31, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SUBSIDIARI penuh Warisan TC Holdings Bhd, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), secara rasmi membuka tempahan model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, GAC GS EMZOOM 2024 dengan deposit serendah RM1,000 dan 100 tempahan awal berpeluang dijemput ke acara persendirian.

Pengumuman itu dibuat di acara Previu Eksklusif model GAC bakal datang dan GAC AION.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan TC Holdings, Tan Ken Meng berkata, pengumuman itu adalah pencapaian signifikan dalam perjalanan dan perkongsian syarikat dengan GAC Motor dan GAC AION.

Kami teruja menawarkan kepada anda wawasan dan previu barisan GAC, termasuk SUV kompak serba baharu menarik, GAC GS3 EMZOOM dan dua model bakal datang yang akan diperkenalkan di pasaran Malaysia tahun ini. Acara previu istimewa ini ialah kemuncak komitmen dan kerja keras kami.”

Berikut serba sedikit mengenai GAC GS EMZOOM 2024:

  • Ditawarkan dalam dua varian, Exclusive dan Premium-R.
  • Anggaran harga jualan bawah RM130,000.
  • Terdapat dalam empat pilihan warna edisi terhad: Ivory White (putih), Starlight Silver (perak), Lake Blue (biru) dan Graphene Grey (kelabu).

Pada masa sama WTCA turut berkongsi rancangan mengeluarkan model pemasangan tempatan (CKD) yang dijangka bermula suku kedua tahun ini si Kilang Pemasangan Tan Chong Motor (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur.

Bilik pameran pertama pula akan dibuka di Petaling Jaya pada penghujung Februari depan sebelum disusuli lima premis lagi di Glenmarie, Cyberjaya, Seremban, Johor Bahru dan Pulau Pinang pada penggal pertama 2024.

Pelanggan boleh mendapatkan previu eksklusif model tersebut dalam acara khas yang akan bermula di Lembah Klang bermula 2 hingga 8 Februari ini.

Jangan lupa ikuti media sosial GAC Motor Malaysia untuk kemas kini terbaharu.

gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-16
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-9
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-4
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-25
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-26
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-3
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-15
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-1
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-2
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-14
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-23
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-12
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-13
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-8
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-5
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-10
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-17
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-19
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-18
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-20
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-21
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-6
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-22
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-24
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-11
gac-gs3-emzoom-2024-malaysia-7

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, GAC GS3 EMZOOM 2024, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV kompak, Tan Ken Meng, Warisan Tan Chong Automotif (WTCA), Warisan TC Holdings Berhad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev