• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CFMOTO Paten Teknologi Sistem Suspensi Pintar Guna Input Kamera

CFMOTO Paten Teknologi Sistem Suspensi Pintar Guna Input Kamera

January 30, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CFMOTO sedang membangunkan satu sistem suspensi separa aktif baharu yang menggunakan kamera untuk memperoleh maklumat tambahan dan menghantar input kepada komputer untuk 'membaca' keadaan jalan raya.

Maklumat yang diterima sistem itu dikatakan akan menyelaras komponen suspensi sebelum penunggang motosikal menghampiri permukaan jalan tersebut.

Satu dokumen permohonan paten yang diterbitkan kepada umum menunjukkan CFMOTO mula memfailkan paten tersebut sekitar tahun 2022.

Berdasarkan maklumat dokumen itu, pengeluar motosikal itu bercadang menggunakan unit kamera hadapan untuk merakam imej jalan raya dan menghantarnya kepada satu komputer yang boleh menganalisisnya sekali gus menala suspensi dalam sekelip mata.

Idea itu sudah digunakan untuk kenderaan roda empat dengan Mercedes mula memperkenalkan sistem imbasan jalan menggunakan kamera kira-kira sedekad lalu (Magic Body Control dan Road Surface Scan) untuk model premium.

Pada awal tahun 1980-an, Nissan pernah menawarkan sistem suspensi adaptif berasaskan teknologi sonar yang melibatkan sensor untuk mengesan bonggol atau jalan berlubang di hadapan tayar kenderaan.

Untuk motosikal, sistem suspensi separa aktif yang ada di pasaran hari ini menggunakan sensor lejang (stroke) untuk memantau jarak dan kelajuan pergerakan suspensi, menghantar maklum balas kepada komputer yang akan menyelaras tetapan redaman pada masa nyata.

Lakaran paten menunjukkan sistem suspensi pintar CFMOTO dipasang pada model 1250 TR-G yang sudah ada teknologi sistem radar binaan dalaman. Model CFMOTO 1250 TR-G sudah diperkenalkan ke pasaran Malaysia beberapa minggu lalu.

Bagaimanapun, 1250 TR-G menggunakan komponen Marzocchi dan bukannnya sistem suspensi separa aktif WP daripada KTM yang pernah diumumkan sebelum ini.

Paten tersebut turut memberi petunjuk bahawa pengeluar itu ada perancangan menggunakan sistem suspensi aktif. Dokumen sama menjelaskan ada rancangan menggunakan sistem kawalan absober termasuk seunit kamera dan boleh menyelaras redaman fork dan penyerap hentak belakang.

SUMBER: CycleWorld

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, cfmoto, CFMOTO 1250 TR-G, roda2, Sistem suspensi pintar CFMOTO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev