• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PDRM Siasat Video Tular Polis Trafik Minta Pelancong Asing Bayar Saman Tunai RM100

PDRM Siasat Video Tular Polis Trafik Minta Pelancong Asing Bayar Saman Tunai RM100

January 29, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


BUKIT Aman menyiasat video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing dengan alasan menjelaskan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik (JSJPT), Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, PDRM mengambil maklum video tular di media sosial pada Ahad lalu itu yang mana siasatan terperinci akan dijalankan.

Pihak JSPT mengambil maklum akan kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut serta tidak akan bertoleransi dengan sebarang salah laku oleh mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat.

Mohd Azman turut menggesa pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan.

Dalam video tular itu, pasangan pelancong dari Britain disaman polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju.

Apabila ditanya apa perlu dilakukan, polis berkenaan memberitahu pasangan itu boleh menjelaskan saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di lokasi berkenaan.

Bayar di balai polis, RM300. Bayar sini, RM100.

Pelancong itu kemudian membayar RM100 kepada polis tersebut, dan bertanya jika mereka perlu menyerahkan dokumen mereka untuk disemak, tetapi dimemaklumkan tidak perlu melakukannya.

Rakaman video itu dimuat naik di saluran YouTube pelancong berkenaan.

SUMBER: AstroAwani| Youtube: TREADtheglobe

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Pelancong Asing, polis minta duit kopi, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev