• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: SYM Husky ADV 150 (2024) Dikesan Jalani Ujian Enduran

#Spyshot: SYM Husky ADV 150 (2024) Dikesan Jalani Ujian Enduran

January 29, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


NAMPAKNYA ada satu lagi skuter versi adventure dikesan sedang menjalani ujian endurance di sekitar kawasan Utara negara dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Foto spyshot menunjukkan skuter berwarna seakan putih itu mirip SYM Husky ADV 150 iaitu salah satu model yang pernah membuat debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/01/sym-husky-150-adv.mp4

Jika tekaan penulis tepat, ia bermaksud saingan dalam segmen skuter adventure 150 hingga 200cc akan menjadi lebih sengit dengan ketibaan SYM Husky ADV 150.

Faktor itu disandarkan kepada aspek harga. Umum diketahui, MForce Bike Holdings (MForce) selaku pengedar SYM gemar membuat kejutan dengan harga mesra rakyat untuk membolehkan lebih ramai pengguna mendapat pilihan lebih luas serta produk berkualiti.

Setakat ini, penulis belum ada apa-apa maklumat rasmi mengenai soal harga SYM Husky ADV 150. Bagaimanapun, penulis menganggarkan harga skuter baharu itu mungkin dalam julat RM10,000 sehingga RM12,000.

Mengimbas kembali debut SYM Husky ADV 150 di EICMA 2021, berikut adalah perincian spesifikasinya:

  • SYM Husky ADV 150 dilengkapi set lampu pencahayaan LED penuh termasuk utama, lampu siang, lampu brek serta lampu signal belok. Ini bukan menambah baik gayaan Husky ADV 150 tetapi juga meningkatkan aspek keselamatannya.
  • Skuter baharu itu menggunakan skrin instrumen TFT berwarna yang memaparkan pelbagai maklumat semasa tunggangan serta status keadaan skuter.
  • Enjin digunakan jenis 4-lejang silinder tunggal 150cc 4-injap SOHC dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api, menawarkan 14.5hp pada 7,000rpm dan tork 14.5Nm @ 6,000rpm.
  • Sistem transmisi jenis automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
  • Fork hadapan jenis teleskopik dengan padanan penyerap hentak tunggal di belakang.
  • Sistem brek cakera tunggal 260mm untuk roda depan dan 233mm di belakang. Kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Rim aloi 13 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 130/70 (belakang).
  • Dimensi panjang 1,980mm, lebar 715mm, tinggi 1,125mm. Jarak roda 1,380mm dan ketinggian pelana 715mm.
  • Apa yang menarik ialah SYM Husky ADV 150 dipasang tangki minyak sebesar 15 liter dan soket 2.0 pengecas pantas untuk keperluan peranti elektronik.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, MForce Bike Holdings (MForce), Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, roda2, SYM Husky ADV 150

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev