• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tesla Mahu Hasilkan SUV Kompak Asas 'Redwood' pada Jun 2025?

Tesla Mahu Hasilkan SUV Kompak Asas 'Redwood' pada Jun 2025?

January 26, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


TESLA dilaporkan merancang menghasilkan kenderaan elektrik (EV) kelima, iaitu model crossover kompak asas yang berharga AS$25,000 (RM118,090).

Beberapa sumber rapat mengenai projek itu berkata, Tesla memaklumkan kepada pembekal bahawa model baharu itu menggunakan kod nama 'Redwood' dengan pengeluaran dijadual bermula pada Jun 2025.

Agensi berita Reuters pula melaporkan, Tesla meminta proposal daripada pembekal untuk projek Redwood sejak tahun lalu dengan jumlah pengeluaran mingguan dijangka mencecah 10,000 unit.

Laporan sama menjelaskan, pengeluaran akan bermula di kilang Texas, Amerika Syarikat (AS) sebelum diperluas ke fasiliti lain seluruh dunia. Ini bermaksud, jumlah pengeluaran baby EV Tesla itu mampu mencapai setengah juta unit setahun.

Pada 2023, pengeluaran Tesla meningkat 35 peratus kepada 1.85  juta unit. Pada Mei 2023, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Elon Musk mendakwa pihaknya sedang berusaha membangunkan dua produk baharu yang mampu membantu meningkatkan jualan terkumpul pengeluar itu kepada 5 juta unit setahun.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, baby tesla EV, Kenderaan Elektrik, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Tesla, tesla redwood

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev