• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Maut Dirempuh Ketika Tukar Pemandu

Maut Dirempuh Ketika Tukar Pemandu

January 26, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


AKIBAT berhenti untuk menukar pemandu dipercayai menjadi punca kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan dalam kejadian di KM21.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), semalam (Khamis).

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, insiden berlaku jam 4.20 pagi ketika sebuah trak pikap jenis Chevrolet berhenti di lorong kecemasan lebuh raya terbabit.

Siasatan mendapati kenderaan terbabit dari arah Port Dickson menghala ke Shah Alam itu berhenti disebabkan pemandu pacuan empat roda itu keletihan dan meminta rakannya yang berada di kerusi penumpang depan untuk memandu kenderaan itu.

“Mangsa kemudian keluar dari kenderaan terbabit dan menuju ke arah bahagian pemandu sebelum datang sebuah lori merempuhnya.”

Menurutnya, mangsa tercampak ke tengah jalan akibat pelanggaran itu.

Lori terbabit kemudian hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lagi kenderaan lain jenis Perodua Axia di laluan sama.

“Mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.”

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden boleh menghubungi mana-mana balai polis.

Selain itu, sebarang info boleh juga disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mazrol Mohd Din di talian 0111-853 9116 atau 03-3187 2222.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev