• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Seorang Maut, Lapan Cedera Kemalangan Empat Kenderaan di Labis

Seorang Maut, Lapan Cedera Kemalangan Empat Kenderaan di Labis

January 22, 2024 By Fikri Leave a Comment

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki maut, manakala lapan mangsa lain, termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan pada petang semalam (Ahad) di Kampung Baru Sungai Karas, Jambatan Sungai Karas, Labis, Johor.

Kenderaan terlibat  kemalangan terdiri daripada Perodua Alza, Mitsubishi Xpander, Proton Persona dan Toyota Hilux.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Zakaria Mohamed dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP),Labis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu, jam 3.41 petang, Ahad.

Satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Labis dengan lapan anggota dihantar ke lokasi insiden.

Menurutnya, seorang mangsa tersepit dalam Perodua Alza dan dikeluarkan pasukan bomba menggunakan alatan menyelamat. Mangsa disahkan pegawai perubatan meninggal dunia di lokasi kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa lain yang cedera dihantar ambulans ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan susulan. Operasi ditamatkan sekitar jam 6.07 petang.

SUMBER: SinarHarian

Related

82
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Balai Bomba dan Penyelamat Labis, Johor, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Labis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my