PADA pelancaran skuter WMOTO RT1, MForce Bike Holdings (MForce) turut memperkenalkan model kapcai baharu, iaitu WMOTO SM125i 2024 yang dijual pada harga RM5,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
WMOTO SM125i hadir dalam tiga warna pilihan, iaitu Radiant Yellow (kuning), Luminous Blue (biru) dan Blazing Red (merah) berserta waranti dua tahun tanpa had perbatuan.
Berikut perincian WMOTO SM125i 2024:
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 123.7cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI), menawarkan output kuasa 7.8hp @ 8,000rpm dan tork 8.5Nm @ 6,000rpm.
- Kotak gear manual 4-kelajuan.
- Dilengkapi butang penghidup enjin dan penendang kaki.
- Sistem fork teleskopi di depan, dan absober kembar di belakang.
- Brek cakera tunggal di depan dan, brek dram di belakang.
- Panel meter digital berwarna. Ini juga model pertama dalam segmen kapcai 125cc dilengkapi ciri tersebut.
- Sistem lampu LED penuh untuk lampu depan, lampu siang (DRL), lampu brek dan semua lampu signal belok.
- Ada soket USB untuk mengecas peranti elektronik.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 70/90 (depan), 80/90 (belakang).
- Dimensi panjang 1,875mm, lebar 698mm dan tinggi 1,100mm, manakala berat 96kg.
- Kapasiti tangki minyak 4 liter.
Leave a Reply