• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sime Darby Motors Buka Tempahan Sedan EV BYD Seal, Deposit Serendah RM1k

Sime Darby Motors Buka Tempahan Sedan EV BYD Seal, Deposit Serendah RM1k

January 19, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS pelancaran BYD Atto 3, tahun lalu, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, Sime Darby Motors (SDM) pernah menyatakan akan membawa sedan BYD pada suku akhir 2023.

Namun hingga penghujung 2023, tiada desas-desus mengenai sedan kenderaan elektrik (EV) itu. Kini, ia menjadi realiti apabila SDM bakal melancarkan BYD Seal berdasarkan makluman pembukaan tempahan model sedan EV itu di laman web rasmi BYD Malaysia baru-baru ini.

Peminat EV pasti menanti sedan EV itu yang dilihat mempunyai rekabentuk moden dan futuristik setanding sedan EV lain seperti BMW i4, Mercedes-Benz EQS dan EQE, serta Porsche Taycan. Bagaimanapun, semua model itu dijual pada harga tinggi kerana berstatus premium.

Adakah BYD Seal akan dijual pada harga lebih rendah supaya lebih kompetitif dengan pesaing lain di pasaran?

Ketika ini, tiada harga rasmi didedahkan SDM. Namun, pelanggan sudah boleh meletakkan deposit tempahan serendah RM1,000 menerusi laman web BYD.

Pelanggan diberi pilihan varian antara Dynamic, Premium dan Performance dalam empat warna pilihan.

Mengenai spesifikasi, BYD Seal dilengkapi arkitektur elektrik 800V dan boleh didapati dalam versi motor elektrik tunggal atau dwi-motor elektrik, dengan output kuasa 523hp.

BYD juga menghasilkan bateri sendiri, jenis bilah Blade Battery berkapasiti 61.4kWh yang manpu dipandu sejauh 550km, dan versi lebih berkuasa 82.5kWh dengan jarak pandu 700km untuk sekali cas penuh.

Pembeli berminat boleh mengetahui lebih lanjut laman web BYD Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BYD 2024, BYD Malaysia, BYD SEAL SEDAN, Roda4, Sime Darby Motors (SDM), Tempahan BYD Seal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev