• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sembilan Stesen KTMB Dinaik Taraf, Satu Stesen Baharu di Seremban

Sembilan Stesen KTMB Dinaik Taraf, Satu Stesen Baharu di Seremban

January 19, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN akan menaik taraf sembilan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Lembah Klang dan membina satu stesen baharu di Seremban dengan anggaran kos keseluruhan RM280 juta, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata,

Beliau berkata, penaiktarafan di bawah projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) melibatkan KTMB Salak Selatan, Bangi, Pantai Dalam, Seri Setia, Batu Tiga, Padang Jawa, Klang, Jalan Kastam dan Pelabuhan Klang, manakala pembinaan stesen baharu dinamakan Stesen Seremban Sentral.

Menurutnya, semua projek itu akan dimulakan serta-merta dengan Stesen Seremban Sentral dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun, sekali gus bakal menjadi mercu tanda bandar raya Seremban.

Kabinet dua hari lepas setuju naik taraf sembilan stesen dan satu bina baharu. Hal ini merupakan komitmen kerajaan untuk terus beri kemudahan dan infrastruktur baik dalam sistem rel kita. Ia hala tuju baharu Kerajaan, sekali gus menjadikan pengangkutan awam sebagai mod penting.

“Saya tahu sekarang ramai mengeluh perkhidmatan KTMB lambat kerana kekerapan tak tinggi berikutan projek naik taraf landasan masih berjalan tetapi ini hanyalah jangka pendek.”

Pada masa sama, pihaknya turut membuat penambahbaikan lain seperti menambah kekerapan tren di sektor Lembah Klang.

Selain itu, pembinaan Stesen Seremban Sentral, yang bernilai RM170 juta, juga menitikberatkan warisan sejarah stesen asal selain mengintegrasikan aspek kemodenan menerusi rekabentuk unik berasaskan konsep Minangkabau.

Seremban Sentral seluas kira-kira sembilan hektar berkonsepkan Pembangunan Berorientasikan Transit menghimpunkan komponen seperti rumah mampu milik, pejabat dan hotel seperti KL Sentral, tetapi dalam skala rendah selain dijangka menjana nilai pembangunan kasar RM1.4 bilion.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata projek KVDT1 kini hampir mencapai 97 peratus dan dijangka disiapkan sepenuhnya akhir April ini.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2), Seremban Sentral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my