• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Remaja Maut Balik Main Futsal

Remaja Maut Balik Main Futsal

January 19, 2024 By Fikri Leave a Comment

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERJALANAN pulang seorang remaja selepas bermain futsal berakhir tragedi apabila maut dalam kemalangan Khamis lalu di KM21 Jalan Lipis-Lubuk Kulit, Kampung Beletik, Kuala Lipis, Pahang.

Insiden berlaku jam 6.30 petang melibatkan tiga kenderaan, iaitu motosikal jenis Demak Smart Z, dan Honda EX5 serta kereta jenis Proton Persona.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang Demak Smart Z dalam perjalanan pulang ke rumah menghala Kuala Lipis selepas bermain futsal.

Akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung Honda EX5.

Penunggang motosikal Honda EX5 berusia 34 tahun luka di jari kanan dan sakit bahagian pinggang, manakala pemandu kereta berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan," kata Azli.

Kedua-dua penunggang tidak memakai helmet ketika kemalangan berlaku dan motosikal masing-masing juga didapati tamat tempoh cukai jalan. Siasatan lanjut di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

72
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Kuala Lipis, Remaja main futsal, Tidak Pakai Helmet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev