• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Rosak Teruk Dilanggar Kuda, Pemilik Mahu Tuan Haiwan Bertanggungjawab

Kereta Rosak Teruk Dilanggar Kuda, Pemilik Mahu Tuan Haiwan Bertanggungjawab

January 19, 2024 By Fikri Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG lelaki mendakwa kereta dipandu rosak teruk selepas dilanggar seekor kuda di Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah berdekatan Rhu Tapai, Setiu, Terengganu, 11 Januari lalu.

Pemilik akaun Facebook  Shamsuri Shamsudi berharap pemilik kuda tersebut menghubunginya kerana masih tiada sesiapa tampil sejak insiden tersebut berlaku.

Saya ada terlibat kemalangan pada minggu lepas apabila seekor kuda masuk ke tengah jalan secara tiba-tiba dan kemudian melanggar kereta saya dalam kejadian jam 10.05 pagi.

"Jadi saya nak minta tolong siapa kenal pemilik kuda ini? Selepas saya kemalangan tak ada seorang pun munculkan diri.

"Alhamdulillah, saya dan tiga penumpang lain selamat tetapi kereta memang rosak termasuk lampu dan bumper hadapan pecah selain tayar dan rim juga rosak, katanya di Facebook pada Khamis."

Susulan kejadian itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 13 Januari lalu.

Sampai sekarang tiada berita dan senyap. Mohon isu ini viral supaya pemilik kuda nampak hantaran dibuat ini."

Perkongsian gambar tersebut kini tular dengan meraih 1,200 tanda suka dan netizen meminta supaya pemilik kuda tersebut bertanggungjawab untuk tampil menghubungi mangsa.

SUMBER: SinarHarian | FB KualaTerengganuResiden

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, Kemalangan berlanggar kuda, Kemalangan Langgar Haiwan, Kuala terengganu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev