• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri Pengangkutan Singapura Letak Jawatan, Terpalit 27 Dakwaan Rasuah

Menteri Pengangkutan Singapura Letak Jawatan, Terpalit 27 Dakwaan Rasuah

January 18, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan Singapura, S Iswaran didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan menerima rasuah dan ganjaran sebagai penjawat awam.

Iswaran berdepan 27 pertuduhan, dan 24 tuduhan melibatkan suapan sebagai penjawat awam, dua kes rasuah, dan satu tuduhan kerana menghalang undang-undang.


Beliau turut dituduh mendapatkan tiket masuk ke Grand Prix (GP) Singapura, perlawanan bola sepak dan pertunjukan di Britain daripada Ong Beng Seng, iaitu salah seorang taikun terkaya di republik itu.

Memetik laporan CNBC, Iswaran mendapatkan 116 tiket masuk ke GP Singapura antara 2016 dan 2022 dengan nilai berjumlah S$347,152.10 (RM1.2 juta).

Beng Seng ialah individu yang bertanggungjawab mewujudkan semula sukan lumba Formula Satu (F1) di Singapura pada 2008. Pada 2002, beliau memperoleh hak menganjurkan GP Singapura hingga 2028.

Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) sebelum ini menahan Beng Seng pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) Singapura mengumumkan peletakan jawatan Iswaran sebagai Menteri Pengangkutan, Selasa lalu.

SUMBER: CBNC | CNA

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Menteri Pengangkutan Singapura, Rasuah, S.Iswaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev