• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pasangan OKU Cedera Dilanggar Treler Brek Rosak di SJR Shah Alam

Pasangan OKU Cedera Dilanggar Treler Brek Rosak di SJR Shah Alam

January 18, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH treler mengalami masalah brek merempuh sekatan jalan raya (SJR) yang menyebabkan pasangan suami isteri orang kelainan upaya (OKU) cedera dalam insiden di Persiaran Jubli Perak berdekatan susur keluar Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, insiden itu berlaku ketika anggota polis bertugas sedang menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal jenis Honda RS-X dinaiki pasarangan tersebut yang berumur lingkungan 40-tahun.

Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10 malam hingga jam 2 pagi di lokasi berkenaan.

"Kejadian kira-kira 11.40 malam itu berlaku apabila sebuah treler dipandu seorang lelaki warga tempatan dari arah Pelabuhan Klang ke Batu Tiga Shah Alam merempuh sekatan berkenaan.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa cedera kaki, pinggang dan leher serta kini sedang menjalani rawatan di Hospital Shah Alam.

Pemandu treler terlibat merupakan seorang lelaki warga tempatan kemudian ditahan sejurus selepas kejadian.

"Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif. Suspek mendakwa treler dipandunya mengalami masalah brek. Bagaimanapun kita akan hantar treler berkenaan untuk pemeriksaan Puspakom."

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Kemalangan SJR, OKU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev