• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengguna AS Paling Ramai Beli Lamborghini Sepanjang 2023!

Pengguna AS Paling Ramai Beli Lamborghini Sepanjang 2023!

July 6, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BERAPAKAH agaknya jualan kereta eksotik seperti Lamborghini? Tidak besar jika dibandingkan gergasi seperti Toyota dan Volkswagen. Namun, angka yang mencecah 10,000 unit sangat bermakna.

Terbaharu, Lamborghini mengumumkan penyerahan 10,112 unit kenderaan pada 2023 yang menjadi angka menggembirakan apabila dicapai sempena penubuhan ulang tahun ke-60.

Angka melepasi 10,000 itu kali pertama dicapai pengeluar itu yang menyaksikan peningkatan 10 peratus berbanding 2022.

Peningkatan prestasi yang berlanjutan sejak beberapa tahun lalu dan penawaran kenderaan utiliti sukan super (Super SUV) Urus satu tindakan tepat dan bijaksana.

Terima kasih juga pada pengurusan terdahulu yang meninggalkan legasi menerusi LM001. Dari segi sambutan, pengguna di Amerika Syarikat (AS) menjadi penyumbang terbesar sebanyak 3,000 unit.

Tempat kedua disusuli Jerman (961 unit) dan China (845 unit) yang mana jurang antara Jerman dan China begitu besar jika dibandingkan AS.

Seperkara menarik, China ialah pasaran kereta terbesar dunia, manakala AS di tempat kedua.

Senarai Serahan Mengikut Pasaran

  • EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika: 3,987 unit (+14%)
  • Amerika: 3,465 unit (+9%)
  • APAC (Asia Pasifik): 2,660 unit (+4%)
  • AS: 3,000 unit
  • Jerman: 961 unit
  • China: 845 unit
  • Britain: 801 unit
  • Jepun: 660 unit
  • Timur Tengah: 496 unit
  • Korea Selatan: 434 unit
  • Itali: 409 unit
  • Kanada: 357 unit
  • Perancis dan Monaco: 255 unit
  • Switzerland: 211 unit
  • Taiwan: 131 unit
  • India: 103 unit

Model Paling Laris?

lamborghini-revuelto-2023-malaysia-61
Lamborghini SC63 03
  • Urus: 6,087 unit
  • Huracán: 3,962 unit
  • Model V12: 63 unit (12 unit Aventador terakhir dan 51 unit edisi terhad)

Selain prestasi jualan baharu, 2023 juga menyaksikan Lamborghini memperkenalkan model hibrid Revuelto (foto atas kiri) yang juga V12 HPEV (High Performance Electrified Vehicle) pertama pengeluar itu.

Lamborghini turut mempamerkan model konsep elektrik Lanzador yang menandakan usaha serius dalam mendepani dunia kenderaan elektrik (EV).

Dalam sukan permotoran, Lamborghini SC63 (foto atas kanan) diumumkan sebagai pesaing dalam Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) FIA dan Kejuaraan IMSA WeatherTech Sportscar bermula tahun ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Automobili Lamborghini, Lamborghini, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev