• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus GX 550 'Overtrail' JAOS Tampil Sebagai Kenderaan Off-Road Premium yang Serba Lasak!

Lexus GX 550 'Overtrail' JAOS Tampil Sebagai Kenderaan Off-Road Premium yang Serba Lasak!

February 14, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


LEXUS GX generasi ketiga diperkenal buat kali pertama di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada 8 Jun 2023. Model ini dibina berasaskan platform GA-F yang turut digunakan Lexus LX (J310) dan Toyota Land Cruiser Prado (J250).

Pada majlis pengenalan, Toyota menyenaraikan dua jenis enjin, iaitu 3.5L V6 turbo kembar dan 2.4L turbo hibrid yang mana kedua-dua enjin dalam pacuan empat roda (4WD).

Selain itu, Lexus meletakkan GX sebagai 'The Premium Off-Roader', iaitu dua dunia digabungkan dalam satu. Satu lagi diketengahkan Lexus ketika pengenalan GX ialah 'Overtrail Project' bagi membawa keseronokan kepelbagaian gaya hidup aktiviti luar dan kenderaan.

Projek itu selari hasrat membantu manusia memahami, menikmati dan melindungi alam semula jadi. Lexus GX ialah watak utama dalam Overtrail Project yang diterjemah dalam varian GX Overtrail.

Susulan pemakluman di Texas, JAOS Corporation dan Lexus membawa GX 550 'Overtrail' JAOS. ke pameran Tokyo Auto Salon (TAS) 2024.

Kenderaan lasak sebegini sudah lama menjadi tema dan keperluan penggemar aktitivi luar yang turut membentuk penjenamaan dan kepercayaan terhadap kenderaan Toyota.

Apabila Toyota membawa Lexus ke dalam kelompok ini, maka bersesuaianlah dengan tema The Premium Off-Roader. JAOS pula lama dalam pembangunan dan penjualan komponen 4WD dan kenderaan utiliti sukan (SUV) sejak  ditubuhkan pada 1985.

Dari depan, bampar bawah dibuat semula menggunakan ABS resin ringan dan kuat. Bahagian tepi menyerlah dengan braket gerbang roda tebal dan pemijak kaki yang turut berfungsi melindungi alang sisi.

Rim asal diganti baharu bersaiz 18 inci yang dipadankan tayar lasak dan madgad. Imej dan kegunaan di laluan off-road dibantu kit tinggi badan. Berikut ciri Lexus GX 550 'Overtrail' JAOS:

  • Pelindung bampar depan JAOS (ABS/2 warna/termasuk lampu LED).
  • Plat pelindung JAOS Type R (aluminium 4 mm).
  • Braket gerbang roda JASO Type X (ABS/Hitam kusam).
  • Pemijak sisi JAOS (tiub besi/pemijak resin).
  • Rak JAOS 1,250 x 1,400 untuk rel bumbung (Alumunium/Hitam anod).
  • Madgad JAOS Guard III Black (EVA flap dan plat aluminium).
  • Kit tinggi BATTLEZ Lift Kit VFCA (spring Titanium-Infused/absorber boleh laras terbina dalam Harmofleq).
  • Rim JAOS TRIBE CROSS (18 x 8.5 J/MGM).
  • Tayar TOYO TIRES OPEN COUNTRY A/T III LT275/70R18.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GX 550 OVERTRAIL JAOS, JAOS, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lexus, Lexus GX, Lexus GX 550, Lexus GX 550 "OVERTRAIL" JAOS, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my