• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JSPT Johor Kongsi Realiti 5 Sikap Pemandu 'Tak Sihat' di Jalan Raya

JSPT Johor Kongsi Realiti 5 Sikap Pemandu 'Tak Sihat' di Jalan Raya

January 16, 2024 By Shawkath Leave a Comment

21
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, ada ramai manusia kurang sihat berada di jalan raya setiap hari? Kurang sihat di sini bukan bermaksud badan demam tetapi menjurus kepada pemandu lemah emosi dan gagal menggunakan akal fikiran sewajarnya.

Ini satu realiti yang sukar dinafikan. Malah pemandu kurang sihat seperti ini boleh dilihat hampir setiap hari, tidak kurang juga ada yang diheret ke muka pengadilan. Lebih menyedihkan, ada nyawa melayang disebabkan individu sebegini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Johor ada berkongsi reels di Facebook tentang isu ini dengan menceritakan realiti sikap manusia yang biasa ditemui.

Sekadar peringatan, foto di atas adalah insiden yang pernah kecoh pada September lalu dan dijadikan gambar hiasan dalam artikel ini. Bagaimanapun, ini cerita sebenar dan jangan baca jika anda mudah touching. Berikut ialah lima kategori dikongsi JSPT Johor:

Jenis Curang

"Semua lorong mahu masuk & mahu try. Bagi signal masuk, lepas tu curang lagi, tukar lagi. Bila kena tegur, keluar tangan goyang 1 jari."

Jenis Hati Panas

"Nampak kereta sebelah bagi signal terus laju dan cucuk rapat. Pakej himpit dan hon sekali serta mulut penuh dengan jampi serapah. b*d@#H , p%@#%K."

Jenis Gila Stereng

"Bawa kereta macam pelesit @ pejuang 'akulah terpaling laju di JB'. Semua orang suruh ke tepi macam jalan raya bapak dia punya walaupun semua lorong penuh dengan kenderaan."

Jenis Syahdu

"Layan lagu irama 60 an duduk lorong kanan depan 1 KM kosong tiada kereta lain. High Beam pun dia buat bodoh dan hidup dengan dunia dia. Bila hendak potong, dia pun laju dan sentap."

Jenis Gelojoh

"Akulah yang paling hendak cepat. Lampu isyarat merah dilanggar, potong Q, parking bersepah. Semua hak orang dia sapu."

JSPT Johor juga menasihatkan pengguna supaya jadi pemandu yang berhemah, beradab, bertimbang rasa dan saling hormat menghormati kerana jalan raya dikongsi bersama.

Malah turut diselit ialah meminta orang ramai mengambil pengajaran dan iktibar dengan setiap situasi yang berlaku serta jangan mulakan dan melayan provokasi jalanan daripada manusia kurang sihat.

Related

21
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev