• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Rancang Buka Semula Kilang Pembuatan Kenderaan di Eropah?

Honda Rancang Buka Semula Kilang Pembuatan Kenderaan di Eropah?

January 15, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS hampir tiga tahun menamatkan operasi kilang Honda di Swindon, pengeluar automotif Jepun itu mungkin ada perancangan mengembalikan semula aktiviti pembuatan kenderaan di Eropah.

Perkembangan terbaharu itu dikongsi selepas Honda membentangkan rancangan kenderaan elektrik(EV)  masa depan di Pameran Elektronik Konsumer (CES) 2024 di Las Vegas, baru-baru ini.

Ketua Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe memberitahu Auto Express, penutupan kilang Swindon adalah keputusan logik pada waktu itu, tetapi Honda masih terbuka terhadap idea mengembalikan semula pengeluaran ke Eropah pada masa akan datang.

Beliau berkata;

Keputusan waktu itu adalah tepat. Untuk masa hadapan, Honda akan aktif di pasaran (Eropah) dengan kenderaan dihasilkan dari negara lain.

Apabila ditanya perancangan pengeluaran dikembalikan ke Eropah, Mibe menyatakan;

Ia satu kemungkinan tetapi buat masa ini, kami merancang mengeksport ke Eropah. Belum ada apa-apa diputuskan sekarang."

Honda dilaporkan akan menceburkan penglibatan dalam EV era baharu dengan barisan siri 0, bermula versi pengeluaran model konsep EV saloon.

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Swindon, Kenderaan Elektrik, Roda4, Toshihiro Mibe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev