• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelajar Tingkatan Lima Maut Nahas Motosikal di Lebuhraya Guthrie

Pelajar Tingkatan Lima Maut Nahas Motosikal di Lebuhraya Guthrie

January 15, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG pelajar tingkatan lima maut apabila motosikal ditunggang berlanggar beberapa motosikal lain di KM7.8 Lebuhraya Guthrie menghala Shah Alam, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 4 pagi itu, pelajar lelaki berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah selepas tercampak ke tengah besi pengadang jalan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, hasil siasatan awal mendapati ada tiga lagi penunggang motosikal terbabit dalam nahas itu.

Menurutnya, insiden berlaku di laluan sedikit berselekoh menaiki bukit yang mana semua empat motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan hingga saling berlanggar sesama sendiri.

Akibat perlanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR tercampak ke tengah besi pembahagi jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian."

"Penunggang motosikal yang lain dipercayai melarikan diri dan kini mereka sedang diburu. Di tempat kejadian,terdapat banyak komponen kenderaan yang pecah dan bersepah atas jalan.

"Tiga lagi motosikal terbabit dalam kemalangan itu dipercayai membabitkan dua jenis Yamaha LC dan sebuah Yamaha Y15ZR, tetapi identiti penunggangnya belum dapat dikenal pasti."

Shafa'aton berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Adi Abd Latif berasal dari Puchong, Selangor. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis memohon saksi atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan dan menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Hasanal Hasif Johari melalui talian 019-2264650.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, lebuhraya guthrie

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my