• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suami, Isteri Sarat Hamil Ditahan Cuba Seludup Ganja 10kg dalam Hilux

Suami, Isteri Sarat Hamil Ditahan Cuba Seludup Ganja 10kg dalam Hilux

January 12, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS menahan seorang wanita sarat mengandung bersama suaminya kerana disyaki cuba menyeludup anggaran 10kg dadah jenis ganja mampat sekitar jam 11.50 malam, Ahad lalu.

Dadah itu disembunyikan dalam ruang kosong di bawah tempat duduk penumpang trak pikap jenis Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran Thailand yang dinaiki kedua-dua suspek.

Wanita berumur 35 tahun itu dijangka melahirkan anak sulung mereka pada 21 Januari ini, manakala suami berusia 34 tahun. Mereka ditahan di kawasan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pemeriksaan menemukan ruang kosong di bawah tempat duduk penumpang belakang yang kemudian disahkan mengandungi 10 balutan plastik lutsinar berisi ganja seberat 10kg.

Menurutnya, kenderaan itu juga didapati sudah diubah suai tangki seperti biasa digunakan untuk menyeludup petrol. Rodzi berkata;

Kita percaya dadah itu dibawa masuk melalui negara jiran untuk dipasarkan di kawasan utara Semenanjung.

"Berdasarkan semakan, lelaki itu mempunyai lapan rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan dua kesalahan jenayah, manakala isterinya mempunyai tiga rekod kesalahan dadah.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis ganja."

Semakan mendapati pasangan itu berasal dari Kangar, Perlis dan sering masuk ke negara jiran setiap bulan menggunakan pas sempadan.

Nilai dadah dirampas sekitar RM32,000 dan pasangan terbabit direman hingga 14 Januari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Polis Kedah, Rodzi Abu Hassan, Seludup Dadah, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my