• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BYD Guna Kapal Kargo Khas Bawa 7,000 Kenderaan Eksport ke Eropah

BYD Guna Kapal Kargo Khas Bawa 7,000 Kenderaan Eksport ke Eropah

January 12, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


CHINA memintas Jepun sebagai pengeksport kenderaan terbesar dunia pada tahun lalu. Bermula bulan ini, kapal kargo pengangkut kenderaan pertama buatan China akan berlayar ke Eropah.

Kapal itu, BYD Explorer No. 1 memiliki kapasiti mengangkut sehingga 7,000 unit kenderaan dan memainkan peranan penting membantu BYD menjadi pengeluar dan penjual EV terbesar dunia.

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG BYD EXPLORER NO. 1

  • BYD EXPLORER NO.1 memulakan pelayaran dari Longkou dan tiba di Yantai, Shandong pada 9 Januari 2024.
  • Kapal itu sedang menuju ke Shenzen iaitu lokasi ibu pejabat BYD sebelum menyambung perjalanan ke Eropah.
  • Kapal kargo itu dibina CIMC Raffles, syarikat subsidiari China International Marine Containers Group Co (CIMC Group).
  • BYD EXPLORER NO.1 dikendalikan syarikat Zodiac Maritime Ltd.
  • BYD pula membuat pajakan eksklusif BYD EXPLORER NO.1.
  • Dimensi panjang 199.9 meter dengan lebar 38 meter.
  • Draf rekaan (design draft) 8.6 meter dan kelajuan rekaan (design speed) 19 knot.
  • Kapasiti muatan 7,000 unit kenderaan.
  • Dilengkapi dua set tangki simpanan gas asli cecair (LNG) jenis C sebagai sumber bahan api utama enjin dan generator.
  • Memiliki jarak pelayaran maksimum 15,800 batu nautika.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Carscoops (@carscoop)

Bagaimanapun, BYD pasti akan berdepan beberapa situasi mencabar sebaik kapal tersebut berlabuh di Eropah. Umum diketahui, kejayaan industri automotif China mendorong Kerajaan di benua itu meneroka pemberian subsidi untuk membangunkan industri tersendiri dan mengenakan tarif terhadap pengeluar China.

SUMBER: CarScoops | CarNewsChina

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, BYD, BYD Explorer No. 1, eksport china kenderaan ev

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my