• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SYM Smart Shop Kini Dibuka di Kluang, Johor - Turut Pamer Motosikal Benelli

SYM Smart Shop Kini Dibuka di Kluang, Johor - Turut Pamer Motosikal Benelli

April 21, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYM Malaysia baru-baru ini memperkenalkan SYM Smart Shop yang ke-6 di Malaysia dan kedua di Johor. Majlis perasmian pembukaan disempurnakan Ketua Pengarah Vietnam Manufacturing & Export Processing Co Ltd, Lu Tien Fu, Pengarah Urusan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Datuk Seri Leo Tan Lean Leah,  Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad, Pengarah Urusan Wei Ling Motor Sdn Bhd, Leok Kah Ling,  dan  Pengurus Besar Wei Ling Motor Sdn Bhd, Leok Jun Yu,

Wei Ling SYM Smart Shop terletak di 693 & 695, Jalan Mersing, 86000, Kluang, Johor Darul Takzim. Lot kedai dengan anggaran keluasan 10,000 kaki persegi itu terletak di lokasi strategik dan kedudukan yang agak menonjol. Bilik pameran setinggi tiga tingkat tersebut turut menyediakan ruang pameran eksklusif SYM yang juga menjadi sudut pameran untuk model Benelli, pusat servis dan ruang aksesori berserta alat ganti.

Pusat servis berkenaan juga dilengkapi dua platform penyenggaraan yang akan beroperasi setiap hari bermula jam 9:30 pagi hingga 6:00 petang, kecuali Ahad.

Dengan perkenalan ‘SYM Smart Shop’ ini oleh Wei Ling Motor Sdn Bhd di Kluang, SYM optimis meraih lebih jualan dalam pasaran akan datang. Kami hargai sokongan penduduk sekitar Kluang dan berjanji akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan terbaik.” - Alex Lim JH, Pengurus Cawangan Johor Mforce Bike Holdings Sdn Bhd

SYM Smart Shop mula diperkenalkan pada 2014 sebagai hab sehenti yang mempamerkan semua model keluaran SYM daripada moped hingga skuter. Malah, turut berfungsi sebagai pusat servis yang menyediakan perkhidmatan lepas jualan dan alat ganti tulen SYM.

SYM Smart Shop
SYM Smart Shop
SYM Smart Shop
SYM Smart Shop Wei Ling Front View

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, benelli, pusat servis, SYM, SYM Smart Shop

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev