• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / China Pintas Jepun Sebagai Pengeksport Kenderaan Terbesar Dunia

China Pintas Jepun Sebagai Pengeksport Kenderaan Terbesar Dunia

January 11, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

CHINA dilaporkan memintas Jepun untuk merangkul gelaran negara pengeksport automotif terbesar dunia, tahun lalu. Kejayaan itu didorong permintaan terhadap kenderaan elektrik (EV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Data Persatuan Kenderaan Penumpang China mendedahkan, anggaran eksport kenderaan negara itu mencatatkan 5.26 juta unit sepanjang tahun lalu, merangkumi kereta penumpang, trak besar dan bas.

Sebagai perbandingan, Jepun dilaporkan mengeksport 4.3 juta kenderaan pada 2023. Malah jumlah eksport China itu tidak melibatkan jualan di Amerika Syarikat (AS).

Portal Auto News menjelaskan, ada dua pasaran sedang berkembang iaitu Rusia dan Mexico yang membantu pertumbuhan eksport kenderaan China. Selain itu, rantau Eropah juga membantu China merangkul kedudukan tersebut.

PRESTASI DI CHINA

  • Jualan kenderaan ringan naik 5.3 peratus kepada 21.93 juta unit pada tahun lalu.
  • Prestasi itu adalah peningkatan tiga tahun berturut-turut yang dibantu faktor pengurangan harga kenderaan.
  • Jualan kenderaan berasaskan bateri-elektrik naik 21 peratus.
  • Jenama China menguasai 63 peratus keseluruhan pasaran.
  • Salah satu pencapaian terbaik 2023 di China ialah BYD merekodkan jualan 3,024,417 kenderaan.
  • Jualan BYD membabitkan 1.57 juta unit kenderaan BEV, manakala baki ialah hibrid plug-in (PHEV).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Eksport Kenderaan China 2023, Kenderaan Elektrik (EV), Persatuan Kenderaan Berpenumpang China, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev