• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Kuasai 35.9 Peratus Pasaran - Jual 50,300 Unit Kereta Suku Tahun Pertama 2017

Perodua Kuasai 35.9 Peratus Pasaran - Jual 50,300 Unit Kereta Suku Tahun Pertama 2017

April 19, 2017 By Abang Hirata 1 Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA jualan Januari hingga Mac 2017 dijadikan ukuran, Perodua boleh dikatakan berada dalam landasan betul untuk sekali lagi menjadi pengeluar automotif paling laris di Malaysia setakat suku pertama (S1) 2017. Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, Perodua menjual 50,300 unit kenderaan, meningkat 6.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu (47,200 unit)

Sehingga kini sebanyak 140,000 unit kenderaan pelbagai jenama terjual yang mana Perodua menguasai 35.9 peratus jualan dalam pasaran automotif Malaysia. Peratusan tersebut sama seperti S1 2016 dengan 47,200 unit jualan, mewakili 35.9 peratus daripada keseluruhan jualan kenderaan.

Perodua

Prestasi Jualan Perodua

  • Jualan Mac 2017 ialah 19,500 unit kenderaan (meningkat 13 peratus berbanding tahun lalu).
  • Jualan Mac 2016 ialah 17,300 unit kenderaan
  • Peningkatan jualan disebabkan pengenalan Perodua Bezza dan Axia versi segar semula.
  • Peningkatan jualan juga dibantu kempen agresif model-model Perodua lain.
  • Perodua turut menghasilkan 49,218 unit kenderaan (S1 2017), berbanding 48,300 kenderaan (S1 2016).
  • Bagi pasaran eksport, Perodua menghantar 951 kenderaan ke enam negara, menurun 41 peratus berbanding S1 2016
    Perodua Axia 2017
    Perodua Bezza 2017 Facelift_PanduLaju (2)
  • Walaupun merosot, Perodua yakin mencapai sasaran jualan 5,000 unit tahun ini seperti tahun lalu.
  • Khidmat selepas jualan, peralatan dan aksesori juga menyaksikan pertumbuhan.
  • Ambilan kenderaan S1 2017 untuk khidmat selepas jualan ialah 518,201 unit, meningkat 1 peratus berbanding tahun lalu.
  • Ambilan kenderaan pada S1 2016 untuk khidmat selepas jualan ialah 515,343 unit.
  • Pendapatan jualan alat ganti termasuk aksesori meningkat 5 peratus (S1 2017) daripada RM65 juta (S1 2016).
  • Pendapatan khidmat baik pulih badan dan cat meningkat 17 peratus (S1 2017) berbanding S1 2016
  • Perodua mensasarkan jualan 202,000 kenderaan tahun ini.

* Angka diperoleh dari kajian dalaman Perodua, tertakluk kepada angka rasmi Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jualan Perodua suku tahun pertama 2017, Perodua, Perodua Axia, Perodua Bezza

Comments

  1. Goh says

    April 21, 2017 at 9:01 AM

    Ini lah orang pandai berniaga. Kecil-kecilan daripada Kancil, sekarang boleh berbangga dengan Bezza!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev