CFMOTO Malaysia melancarkan model grand tourer kapasiti tinggi terbaharu, CFMOTO 1250TR-G 2024 dalam dua warna pilihan, putih dan biru, pada harga RM88,888, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Model itu bakal memasuki rangkaian pengedar bermula minggu depan. Menariknya, Malaysia ialah negara kedua selepas China yang menawarkan motosikal ini.
Berikut perincian CFMoto 1250TR-G 2024:
- Enjin V-Twin 1,279cc menawarkan output kuasa 140hp @ 8,5000rpm dan tork 120Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi manual 6-kelajuan dengan ciri Quickshifter dwi-arah.
- Panel meter digital TFT skrin sentuh berwarna dengan paparan antaramuka multimedia Multi Media Interface (MMI) 12.3 inci berserta sambungan Bluetooth.
- Ada tiga mod tunggan: Sport, Comfort dan Rain.
- Visor angin boleh laras menggunakan butang.
- Sistem audio JBL.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 120/70 (depan), dan 190/55 (belakang).
- Dimensi panjang 2,300mm, lebar 1,060mm, dan tinggi 1,482mm. Jarak roda 1,482mm dan jarak tinggi bumi 150mm. Berat 304kg. Kapasiti tangki minyak 22.7 liter.
- Dilengkapi Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), dua soket USB, pemanas grip tangan dan pemanas pelana serta Sistem Stabiliti Kenderaan (VSC).
- Sistem brek cakera kembar 320mm (depan), dan cakera tunggal 270mm (belakang) dengan kaliper brek Brembo berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Fork terbalik (USD) Marzocchi boleh laras di depan.
- Sistem LED penuh untuk lampu depan dan belakang, serta lampu siang (DRL).
- Waranti pengilang dua tahun tanpa had perbatuan.
Leave a Reply