• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / B–ON Pelkan eLCV, Van EV Komersial dengan Ciri Mudah Punggah Barang

B–ON Pelkan eLCV, Van EV Komersial dengan Ciri Mudah Punggah Barang

January 30, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

TUGAS mengasing, memunggah masuk dan keluar sesuatu bungkusan atau barangan dari kenderaan adalah kerja rutin penghantaran barang. Bagaimanakah jika ad teknologi yang boleh meringkaskan lagi rutin tersebut?

B-ON memperkenalkan Pelkan, iaitu kenderaan perdagangan ringan elektrik (eLCV) dan teknologi pembahagi pintar (smart dispenser).

Pelkan ditawarkan dalam dua varian kuasa, 54kWj dan 43kWj. Sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV), Pelkan dengan bateri jarak jauh boleh dipandu hingga 298km, manakala beban muatan mampu menampung beban antara 1,234kg hingga 1,320kg.

Pelkan juga mempunyai teknologi pembahagi pintar dan pertama kali dipamerkan di Amerika Syarikat (AS) pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2024.

Pembahagi itu direka bagi mengurangkan masa pemandu untuk memuat dan menurunkan barang dalam penghantaran batuan akhir (last-mile). Sistem tersebut terdiri daripada rak berputar yang dipasang dalam kargo lori dan pengimbas.

Alamat penerima diimbas semasa bungkusan dimuatkan. Menggunakan sistem GPS, bungkusan tersebut akan dibahagikan secara automatik apabila pemandu tiba ke destinasi tanpa perlu pengasingan atau penyusunan. Sistem juga akan memberi peringatan jika pemandu mengambil bungkusan salah.

Sistem automatik sebegini bukan asing dan biasa digunakan dalam pembuatan dan pengilangan. Apa yang bagus dan memudahkan apabila konsep sama digunakan dalam industri penghantaran.

B-ON menawarkan dua pakej, Pelkan dengan sistem pembahagi atau berasingan. Walaupun perlu melabur lebih untuk sistem tersebut, B-ON menjangka pelanggan akan menerima pulangan modal dalam tempoh enam bulan susulan peningkatan produktivi pemandu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: B–ON, B–ON Pelkan, B–ON Pelkan eLCV, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my