• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Omoda E5, Tiggo 7 Pro dan Model Misteri Bakal Lancar di Malaysia Tahun Ini

Chery Omoda E5, Tiggo 7 Pro dan Model Misteri Bakal Lancar di Malaysia Tahun Ini

January 11, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


CHERY Auto Malaysia mengumumkan rancangan meluaskan pengedar dan memperkenalkan produk Chery baharu untuk pasaran Malaysia.

Susulan kejayaan pengenalan jenama itu pada pertengahan 2023, Chery Auto Malaysia bersedia mengukuhkan kehadiran dan menawarkan pengalaman pemanduan dipertingkat buat pengguna tempatan.

Naib Presiden Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang  berterima kasih kepada media atas sokongan berterusan terhadap jenama itu.

Chery Malaysia mencapai lebih 4,500 unit dari segi pendaftaran kenderaan penghantaran pelanggan sepanjang 2023. Chery juga menjalankan tinjauan kepuasan jualan daripada lebih 1,000 pelanggan yang memberikan jenama itu skor sangat tinggi, iaitu 94 daripada 100."

Menurutnya, walaupun Chery menerima komen negatif pada awak pengenalan ke pasaran Malaysia, jenama itu tetap mengutamakan penyelesaian isu pelanggan dan turut menjanjikan keutamaan sama pada 2024.

Pengarah Pembangunan Rangkaian Chery Auto Malaysia, Soon Boon Ping berkata, Chery mempunyai 32 cawangan beroperasi  seluruh Malaysia dengan tenaga kerja 550 kakitangan.

Pada akhir 2024, kami berharap mempunyai sekurang-kurangnya 48 cawangan beroperasi dan ini bakal menyumbang kepada peningkatan 70 peratus dalam Pusat 3S dan 4S kami.

"Langkah strategik itu bertujuan meningkatkan kebolehcapaian pelanggan, dan menguatkan kehadiran Chery di pasaran Malaysia."

Soo berkatam tumpuan utama jenama itu adalah peluasan geografi melalui perkongsian strategik, skalabiliti dan perlindungan masa depan.

Selain itu, komitmen pelaburan secara signifikan dalam latihan serta pembangunan kemahiran antara pasukan jualan dan selepas jualan, peningkatan jenama dan kecemerlangan berterusan.

Ini menunjukkan komitmen Chery Auto Malaysia dalam menghasilkan kenderaan inovatif, dan berkualiti tinggi yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna Malaysia.

Pengarah Produk Chery Auto Malaysia Michael Chew berkongsi mengenai tawaran baharu dan jangkaan yang boleh diharapkan rakyat Malaysia tahun ini daripada jenama automotif itu.

Chery bersedia melancarkan Omoda E5 pada suku pertama tahun ini, dan turut mengejutkan media dengan memaklumkan  Tiggo 7 Pro akan diperkenalkan pada suku kedua 2024.

Pada suku keempat Chery dijangka memperkenalkan model baharu yang belum didedahkan pada harga yang lebih kompetitif dan mampu milik.

Maklumat lanjut mengenai barisan kenderaan Chery boleh layari www.chery.my atau ikuti laman Facebook Rasmi CheryMalaysia 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery Auto Malaysia, Chery Malaysia, Chery Omoda E5 (2024), Chery Tiggo 7 Pro, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev