• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Skoda Enyaq L&K 2024, Model SUV EV Istimewa Sempena Pengasas Laurin, Klement

Skoda Enyaq L&K 2024, Model SUV EV Istimewa Sempena Pengasas Laurin, Klement

January 26, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


SKODA bukan sekadar pilihan kedua kepada Volkswagen, tetapi hadir dalam gaya tersendiri seperti apa boleh dilihat pada kenderaan utiliti sukan (SUV) Enyaq.

Bahagian depan tampil garang dengan garis badan segak yang dirangkumkan dalam gaya badan elegan. Ada dua model ditawarkan, iaitu Enyaq SUV dan Enyaq Coupé.

Satu lagi, model dikeluarkan sejak 2021 ini hanya ditawarkan dalam trenkuasa elektrik (EV). Tiada lagi enjin pembakaran dalaman dan Škoda turut menawarkan versi prestasi Enyaq vRS.

Beberapa tahun di pasaran, Skoda meluaskan lagi tawaran di Britain dengan memperkenal varian istimewa L&K. Model ini juga L&K pertama yang dijana trenkuasa elektrik.

Ditawarkan pada Enyaq SUV dan Coupé, edisi L&K dinamakan sempena Václav Laurin dan Václav Klement, iaitu pengasas Laurin & Klement sebelum menjadi Skoda Auto, hari ini.

Enyaq L&K dibekalkan bateri 77kWj dengan motor berkuasa 284hp pada gandar belakang, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 6.7 saat dan kelajuan maksimum 178kmj.

Enyaq L&K Coupe pula boleh dipandu hingga 555km mengikut ujian Prosedur Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP) yang berkurangan 5km untuk model SUV.

Model ini boleh menerima pengecasan pantas (DC) sehingga 135kW yang boleh dicas 10-80 peratus dalam masa 28 minit.

Dari segi penampilan, Enyaq L&K dibezakan menerusi kemasan khas Platinum Grey pada bampar, difuser belakang dan cermin sisi. Frem cermin dan rel bumbung pula dalam kemasan krom, manakala skirt sisi mengikut warna badan.

Enyaq L&K turut dilengkapi gril Crystal Face Škoda dengan pencahayaan 131 lampu LED yang tampil menarik pada malam. Lampu utama matriks LED penuh yang dapat mengelakkan silauan pada kereta depan juga menjadi ciri asas selain lampu belakang LED penuh.

Kedua-dua model Enyaq L&K dipasangkan rim Asterion 20 inci, atau pelanggan boleh memesan rim Aquarius 21 inci. Cermin gelap dan logo L&K pada sisi kereta melengkapi luaran model EV ini.

Ruang kabin boleh memilih dua kemasan Design Selections, iaitu L&K Shell atau L&K Black yang masing-masing menggunakan balutan kulit kuning air (beige), atau hitam dan istimewa dengan logo L&K.

Kerusi depan mempunyai fungsi pengudaraan dan urutan yang boleh diaktifkan serentak. Penumpang di kerusi belakang pula boleh menikmati fungsi pemanas.

Turut dilengkapi sistem paparan dongak (HUD), cermin besar dengan pemanas dan sistem audio CANTON. Harga Enyaq L&K SUV bermula £51,340 (RM303,360), manakala L&K Coupé berharga £53,240 (RM314,570).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, ŠKODA, ŠKODA Auto, Skoda Enyaq, Škoda Enyaq Coupé, Škoda Enyaq L&K, Škoda Enyaq L&K Coupe, Škoda Enyaq L&K SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my