• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ChatGPT dalam Volkswagen Baharu yang Boleh Jawab Macam-Macam Soalan!

ChatGPT dalam Volkswagen Baharu yang Boleh Jawab Macam-Macam Soalan!

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA Pameran Elektrik Konsumer (CES) 2024, Volkswagen memperkenalkan model pertama dilengkapi chatbot berasaskan kecerdasan buatan (AI), ChatGPT yang disepadu dalam bantuan suara IDA.

Pada masa depan, pelanggan akan mempunyai akses kepada pangkalan data AI dalam semua model Volkswagen yang dilengkapi IDA dengan membacakan jawapan atau hasil penyelidikan sambil memandu.

Fungsi itu dibuat dengan kerjasama Cerence Inc menggunakan Cerence Chat Pro, dan Volkswagen akan menjadi pengeluar massa pertama yang menawarkan ChatGPT sebagai ciri asas bermula suku kedua 2024.

Chatbot itu ditawarkan bersama sistem infotainment terkini pada model ID.7, ID.4, ID.5, ID.3 dan varian terpilih atau pilihan pembelian model baharu seperti Tiguan, Passat dan Golf.

Penambahan ChatGPT ke dalam sistem bantuan suara membolehkan kereta 'bercakap' dengan pemandu secara lebih mendalam dan bukan setakat menerima arahan. Contohnya, fungsi bantuan suara IDA digunakan untuk kawalan infotainment, navigasi, penyaman udara dan menjawab soalan pengetahuan umum.

Pada masa depan, AI akan menyediakan maklumat tambahan sebagai jawapan kepada soalan aras lebih tinggi dan memperkayakan perbualan, menerima maklumat kenderaan yang terperinci dan banyak lagi.

Bagi menggunakannya, pemandu hanya perlu menyebut 'Hello IDA' atau menekan butang pada stereng.

Bercakap mengenai stereng, berdasarkan foto Golf GTI 2025 yang dikongsi, Volkswagen nampaknya sudah menggunakan kembali butang fizikal berbanding butang sentuh sebelum ini.

Mengenai perlindungan peribadi yang hangat diperkatakan sekarang, ChatGPT tiada akses kepada data kenderaan. Soalan dan jawapan dipadam serta-merta bagi memastikan data peribadi dilindungi.

Jika anda mempunyai kereta dengan fungsi sebegini, soalan apa yang mahu ditanya? Mungkin boleh diuji dengan soalan keagamaan seperti waktu solat atau kebaikan surah tertentu.

Volkswagen Golf GTI 2025 ChatGPT.01
Volkswagen Golf GTI 2025 ChatGPT.02
Volkswagen Golf GTI 2025 ChatGPT.05
Volkswagen Golf GTI 2025 ChatGPT.03
Volkswagen Golf GTI 2025 ChatGPT.04
Volkswagen-Golf-GTI-2024.16
Volkswagen-Golf-GTI-2024.03
Volkswagen-Golf-GTI-2024.01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, ChatGPT, Roda4, Volkswagen, Volkswagen Golf, Volkswagen Golf GTI, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev