• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / VinFast Buka Kilang EV Bernilai RM4.6b di India Tahun Ini

VinFast Buka Kilang EV Bernilai RM4.6b di India Tahun Ini

January 9, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


WALAUPUN dilihat goyah di Amerika Syarikat (AS), tetapi pengeluar automotif dari Vietnam, VinFast mengambil langkah positif peringkat global dengan mengumumkan rancangan membina kilang baharu di India.

Fasiliti baharu itu akan dibina di Thoothukudi, dalam negeri Tamil Nadu, yang dijangka menelan kos hingga AS$2 bilion (RM4.6 bilion) dengan AS$500 juta (RM2.321 bilion)dilaburkan dalam fasa pertama projek berkenaan.

Pembinaan kilang itu dianggarkan bermula akhir tahun ini menerusi pengambilan pekerja antara 3,000 dan 3,500 pekerja dengan sasaran menjadi hab pengeluaran kenderaan elektrik (EV) kelas pertama berkapasiti tahunan hingga 150,000 unit. Kilang itu juga akan menjadi fasiliti pembuatan ketiga VinFast dan pelaburan terbesar dalam sejarah Tamil Nadu.

VinFast turut merancang membuka rangkaian pengedar seluruh India bagi mengukuhkan kehadiran jenama itu dalam usaha merebut peluang pertumbuhan ekonomi di negara paling ramai penduduk dan pasaran EV yang berkembang pesat.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jualan dan Pemasaran VinFast Global, Tran Mai Hoa berkata, memorandum persefahaman (MoU) menunjukkan komitmen kukuh VinFast terhadap pembangunan mampan dan visi masa depan pengangkutan sifar emisi.

Kami percaya pelaburan di Tamil Nadu bukan saja membawa manfaat ekonomi besar kepada kedua-dua pihak, tetapi juga membantu mempercepat peralihan tenaga hijau di India dan rantau ini."

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, India, Kereta EV, tamil nadu, VinFast

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev