• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Tindan Tujuh SUV EV eQ7 untuk Tunjuk Bukti Kualiti Kereta China

Chery Tindan Tujuh SUV EV eQ7 untuk Tunjuk Bukti Kualiti Kereta China

January 9, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR automobil dari China, Chery tampil unik mempromosikan kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik baharu eQ7, iaitu membina menara kereta secara menindan atas dan bawah untuk menunjukkan betapa kukuh badan SUV berkenaan.

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China kini gigih melakukan pelbagai strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan produk masing-masing.

Chery eQ7 2023  memiliki keseimbangan kualiti pada harga terbaik dengan menawarkan rekabentuk menarik dan jarak pemanduan 412km-512km untuk sekali cas penuh.

Namun, pesaing lain turut menawarkan spesifikasi yang tidak kurang hebat. Justeru bagi menonjolkan kehebatan produk sendiri, Chery memutuskan untuk menumpukan kepada kekuatan binaan badan aluminium LFS menerusi demosntrasi menara tujuh unit eQ7 yang saling ditindan satu sama lain secara menegak.

Menurut Institut Insurans Keselamatan Lebuhraya China, bagi mencapai rating keselamatan maksimum, sesebuah kenderaan di China mesti mampu menyokong sekurang-kurangnya empat kali berat sendiri.

Namun Chery memutuskan bukan hanya empat, tetapi menyusun tujuh kenderaan serentak dengan platform logam yang diletakkan di tengah antara SUV atas dan bawah. Ini bermakna kenderaan bawah akan menyokong berat unit di atas.

Bagaimanapun, ada pakar menganggap demonstrasi itu bukan benar-benar asli. Ini kerana Volvo terlebih dahulu menggunakan strategi pemasaran sama sejak 1980-an lagi. Malah pengeluar Eropah itu, yang kini dimiliki Geely, pernah melakukan demonstrasi sama pada 2021 membabitkan tujuh model XC60 disusun atas dan bawah satu sama lain.

Chery mungkin meniru idea Volvo, tetapi idea yang diplagiat itu mungkin mampu mengetepikan keraguan ramai pembeli antarabangsa yang ragu-ragu mengenai kualiti kereta moden China.

SUMBER: OddityCentral

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery, Chery EQ7 2023, China, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Menara kereta, SUV EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my