DEK takut dicekup polis kerana dalam pengaruh dadah, sebuah kereta dinaiki empat individu, termasuk seorang wanitamelanggar kenderaan peronda polis (MPV) apabila diarahkan berhenti di depan Masjid Kampung Penajis, Rembau, Negeri Sembilan, semalam (Ahad).
Dalam insiden jam 12 tengah hari itu, dua daripada suspek ditahan dekat bandar Kota, selepas kereta jenis Proton Wira dinaiki terbabas dalam belukar ketika cuba melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, siasatan awal mendapati MPV Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau yang membuat rondaan cuba menahan kereta berkenaan untuk pemeriksaan.
Namun Wira tersebut terus memecut ke arah Kampung Relong Penajis hingga ke hujung jalan kampung yang juga jalan mati.
Pemandu cuba buat pusingan U dan pada masa sama polis keluar dari kenderaan untuk menahan kereta berkenaan, tapi pemandu dikatakan cuba melarikan diri dengan merempuh anggota MPV," kata Hazri.
Rempuhan menyebabkan anggota polis terjatuh ke jalan, manakala Wira suspek terjerumus ke tebing sebelah kiri jalan. Kemudia, pemandu dan dua lelaki keluar dari kereta berkenaan dan cuba melarikan diri ke arah belukar.
Hazri berkata, seorang wanita berusia 31 tahun sudah dapat ditangkap dan dibawa ke IPD Rembau untuk siasatan lanjut. Tidak lama kemudian, seorang lagi suspek lelaki ditahan penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.
Kedua-dua suspek tersebut didapati positif dadah, tetapi pemeriksaan tidak menemui bahan terlarang itu. Dua lagi suspek masih diburu dengan identiti salah seorangsudah dikenal pasti.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply