• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Suka Beli Kereta, Motosikal Punca Jalan Sesak

Orang Suka Beli Kereta, Motosikal Punca Jalan Sesak

January 9, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) baru-baru ini dilaporkan berkata rakyat republik itu gemar membeli kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal ketika memiliki kemampuan berbelanja (fiskal).

Tingkah laku itu akan menambah beban terhadap infrastruktur jalan raya yang kemudian membawa kepada kesesakan lalu lintas teruk dan penurunan penggunaan pengangkutan massa.

Jokowi dipetik portal Kompas sebagai berkata;

Kalau kita tengok sekarang, hampir semua bandar, terutama bandar-bandar di Jawa, ada kesesakan trafik. Sebilangannya trafik sesak teruk, sebahagian lain pula sesak sederhana. Ada juga kesesakan trafik baru, tapi kenapa?

"Sebabnya...hampir semua orang hari ini, apabila mereka ada kemampuan ekonomi dan kewangan, (mereka) segera beli kereta, beli motosikal. Semua orang guna kenderaan persendirian dan mengabaikan pengangkutan awam."

Jokowi tidak menyatakan berapa kadar pertumbuhan kenderaan di Indonesia. Bagaimanapun, sepanjang tempoh Januari hingga November 2023, jumlah kenderaan dijual di Indonesia mencecah lebih 7 juta unit.

Disebabkan faktor itu, Jokowi menyatakan beliau memberi tumpuan kepada pembangunan pengangkutan awam dan massa di Jakarta. Ini termasuk pembangunan Trans Jakarta, Laluan Komuter Rel Kereta Api Eletrik (KRL), Transit Aliran Massa  (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).

Jokowi menambah;

Semua ini adalah untuk menggalakkan orang menggunakan pengangkutan awam dan meninggalkan kenderaan persendirian. Di semua bandar, kita harus ada pendekatan ini (iaitu) menggunakan pengangkutan massa dan awam."

SUMBER: Kompas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Joko Widodo (Jokowi), pengangkutan awam, Punca jalan sesak, roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877
    Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev