• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Cars Jual Lebih Banyak Kereta Sepanjang 2023, XC60 Terlaris!

Volvo Cars Jual Lebih Banyak Kereta Sepanjang 2023, XC60 Terlaris!

January 26, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


AWAL tahun begini pengeluar kereta melaporkan angka jualan kereta masing-masing. Kami di PanduLaju tumpang gembira mengetahui kenaikan jualan yang turut melambangkan keadaan ekonomi dan keyakinan pengguna.

Terbaharu Volvo Cars melaporkan jualan 2023 sebanyak 708,716 unit kenderaan sepanjang 2023 atau peningkatan 15 peratus berbanding 2022. Rekod jualan itu didorong portfolio produk elektrifikasi Volvo dan rantaian pembekalan lebih stabil.

logo-volvo

Pada 2023, Volvo mencatat jualan kereta elektrik 113,419 unit yang menyaksikan lonjakan tinggi 70 peratus berbanding 2022 dan 152,561 unit kereta hibrid plug-in (PHEV) dengan peningkatan 10 peratus.

Jualan kereta elektrik mewakili 16 peratus daripada jualan keseluruhan 2023. Walaupun peratusan tidak besar, tetapi semakin berkembang.

Tambahan pula, Volvo baru saja memperkenal model elektrik EX90 dan EX30 sebagai tambahan kepada dua model sedia ada, iaitu XC40 Recharge dan C40 Recharge. Apa mengujakan, Volvo hadir dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) menerusi EM90.

Dari segi pasaran, rantau Eropah kekal menguasai dengan 294,794 unit atau peningkatan 19 peratus berbanding 2022. Model Recharge yang menghimpunkan kereta elektrik dan PHEV menguasai 59 peratus daripada keseluruhan jualan Volvo.

Jualan Amerika Syarikat (AS) pula meningkat 26 peratus kepada 128,701 unit. Model Recharge meningkat 28 peratus dan 28 peratus mewakili jualan keseluruhan.

Dari situ boleh dilihat kecenderungan pengguna di Eropah dan AS. Bagaimanakah pula pasaran China yang meriah dengan pelbagai model elektrik?

Jualan keseluruhan meningkat 5 peratus kepada 170,091 unit berbanding 2022. Jualan model Recharge meningkat 26 peratus kepada 15,356 unit atau mewakili 9 peratus daripada angka keseluruhan 2023. Daripada 15,356 unit model Recharge, 12,075 unit ialah model PHEV, dan baki 3,281 unit ialah kereta elektrik.

Tiga model terlaris Volvo pada 2023:

  • Volvo XC60: 228,646 (2022: 195,338)
  • Volvo XC40: 200,670 (2022: 169,206)
  • Volvo XC90: 107,549 (2022: 97,130 cars)

Menariknya, tiga model di atas dikeluarkan sejak 2017, 2018 dan 2015, tetapi masih mempunyai permintaan baik. Walaupun sudah beberapa tahun, Volvo mengemas kini ciri dan trenkuasa, termasuk model elektrik seperti XC40 Recharge.

Jualan keseluruhan mengikut pecahan rangkaian kuasa:

  • Enjin pembakaran dalaman dan mild hybrid: 442,736 unit
  • Recharge elektrik: 113,419 unit
  • Recharge hibrid plug-in: 152,561 unit
  • Jumlah: 708,716 unit

Kecuali Recharge elektrik, sejumlah besar kenderaan Volvo masih bergantung kepada enjin pembakaran dalaman dan akan berubah pada 2030 apabila Volvo menjadi pengeluar kereta elektrik sepenuhnya. Dalam masa terdekat, Volvo akan menghentikan pengeluaran kenderaan diesel.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Roda4, Volvo, Volvo Cars

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my