• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Orang Ramai Kini Boleh Kongsi Cukai Jalan Digital Guna Aplikasi MyJPJ

Orang Ramai Kini Boleh Kongsi Cukai Jalan Digital Guna Aplikasi MyJPJ

January 5, 2024 By Fikri Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemilik kenderaan bermotor kini boleh berkongsi cukai jalan digital (e-LKM) menggunakan fungsi baharu, dinamakan 'Kongsi LKM' dalam aplikasi MyJPJ.

Beliau berkata, dengan fungsi baharu itu, pemilik kenderaan boleh berkongsi e-LKM dengan ahli keluarga, rakan atau individu lain dengan kebenaran untuk memandu kenderaan.

Pemilik kenderaan hanya perlu klik pada nombor plat kenderaan terbabit, dan kemudian klik butang ‘Kongsi LKM’ untuk berkongsi e-LKM dengan individu lain.

"Fungsi ini juga mempunyai had masa perkongsian yang boleh ditetapkan pemilik kenderaan dan mempunyai kod pengaktifan yang perlu diberikan kepada penerima e-LKM untuk mengaktifkan perkongsian tersebut.

Sistem juga akan memadam rekod perkongsian secara automatik jika tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut Loke, fungsi baharu aplikasi MyJPJ itu dipasang bagi menyelesaikan masalah dihadapi mereka yang memandu kenderaan dipinjam.

Sebelum ini orang ramai dibenarkan mencetak e-LKM, tetapi memandangkan pelbagai isu timbul, penambahbaikan dilakukan bagi memudahkan pengguna."

Loke berkata, Kementerian juga akan memperkenalkan kertas keselamatan bagi menggantikan pelekat lesen kenderaan dan lesen memandu fizikal (LMM).

Berdasarkan dapatan kajian dan analisis statistik dijalankan pada 2023, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) mendapati terdapat peningkatan dalam bilangan pemandu dan pemilik kenderaan yang memilih pendigitalan, melibatkan 7.5 juta pengguna.

"Bagaimanapun, mereka yang masih belum bersedia masih boleh memilih LKM fizikal dan LMM dalam tempoh pendigitalan interim pada 2024, dan dalam tempoh ini, JPJ akan mengeluarkan LKM dan LMM fizikal dalam bentuk baharu dan standard dalam bentuk kertas keselamatan sahaja.

Menurutnya, LKM baharu itu tidak perlu dilekatkan atau dipamerkan pada cermin kenderaan seperti dikehendaki Seksyen 20(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER : FBAnthonyLokeSiewFook 

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Cukai Jalan Digital, e-LKM, lesen digital, Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Kenderaan Motor Digital

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my