• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kontraktor Cuai Punca Kren Tumbang Atas Landasan Kereta Api KTMB

Kontraktor Cuai Punca Kren Tumbang Atas Landasan Kereta Api KTMB

January 4, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


KECUAIAN kontraktor projek parkir bertingkat dikenal pasti sebagai punca insiden kren binaan tumbang atas landasan kereta api di KM355.749 antara Rawang dan Kuang, 12 Disember lalu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, selain gangguan perkhidmatan, insiden itu turut menyebabkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengalami kerugian RM2,425,472,70, termasuk kos menyediakan bas untuk memindahkan penumpang selain kehilangan hasil perkhidmatan kargo.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kontraktor memasuki kawasan larangan berhampiran landasan berkenaan.

Mereka masuk ke kawasan zon bahaya iaitu kawasan yang tidak dibenarkan, bersebelahan landasan, tiada zon penampan langsung.

"Saya anggap insiden ini sangat serius dan saya juga sudah membentangkannya pada mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Susulan insiden itu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis Pemberitahuan Larangan Serta-Merta kepada kontraktor.

Menurutnya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 128(1)(a) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) untuk tindakan sewajarnya berhubung insiden berkenaan.

Kren tersebut jatuh betul-betul atas landasan kereta api.  Negara amat bernasib baik kerana tiada kereta api yang melalui kawasan berkenaan ketika kejadian.

"Ini 'life and death', soal nyawa manusia. Bayangkan jika pada hari kejadian, kren terbabit tumbang ketika kereta api melalui kawasan terbabit, sudah tentu akan jadi tragedi kepada negara.

Justeru, beliau memberi amaran kepada kontraktor supaya tidak memandang remeh isu keselamatan.

Jadi saya berharap kejadian seperti ini tidak lagi berlaku sama sekali dan ini juga peringatan kepada semua kontraktor supaya tidak pandang remeh isu keselamatan, terutama di kawasan landasan kereta api.

Pada 12 Disember 2023, perkhidmatan tren KTMB Komuter Lembah Klang dan tren elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren yang digunakan untuk pembinaan projek parkir bertingkat Perbadanan Aset Keretapi (RAC) tumbang di atas landasan kereta api antara Rawang dan Kuang, kira-kira jam 5.53 petang.

Insiden tersebut menjejaskan operasi tren KTMB kerana melibatkan lebih 20,000 penumpang ETS dan Komuter.

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kereta Api KTMB, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kren tumbang jejas perjalanan KTM, Malaysia Madani

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev