• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembeli Bezza Bidas Balik Kenyataan Balas Perodua

Pembeli Bezza Bidas Balik Kenyataan Balas Perodua

January 4, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SEMALAM, Perodua mengeluarkan kenyataan menjawab kes tular seorang pembeli Perodua Bezza baharu yang mendakwa keretanya rosak hanya selepas lapan jam dipandu.

Dalam kenyataan itu (foto bawah), Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar mendakwa sudah berkomunikasi dengan pemilik Bezza berkenaan, Nagakanni Subramiam berikutan masalah keretanya itu sejak Oktober 2023.

Beberapa langkah juga diambil seperti menawarkan kereta sementara dan pilihan membeli semula kereta Bezza tersebut.

Namun, dalam status terbaharu yang dikemas kini, Nagakanni  membidas kenyataan Perodua itu dengan mengatakan masih tiada penyelesaian diberikan.

Dia turut membetulkan sedikit fakta penyelesaian secara pembelian kereta ditawarkan Perodua seperti didedahkan dalam kenyataan itu.

Saya dimaklumkan Perodua dah jawab, tapi saya nak betulkan sedikit fakta.

"We have taken several actions to resolve the matter including by offering her a courtesy car and we have proposed to buy back her car" - Perodua

Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.

Ada jaminan secara black and white tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar loan pertama? Takde. Dah lebih 2 bulan masih belum ada apa apa maklumat secara detail mengenai pembelian balik , tempoh pembelian balik, pembayaran loan dan semua tu.

Nagakanni menjelaskan, isu berkenaan sebenarnya mudah yang mana Bezza baharu yang baru dibelinya itu mengalami kerosakan enjin yang menurut mekanik Pusat Servis terdapat material asing seperti gula.

Namun, isunya pilihan membeli kereta baharu itu masih tiada sebarang dokumen diberikan Perodua kepadanya hingga hari ini.

Isunya mudah. Saya beli kereta dengan Perodua - Engine rosak kononnya sebab ada material asing seperti gula - Saya tak dapat replacement kereta baru - Saya masih kena bayar kereta tu setiap bulan.

"Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan.

"Tapi mana black and white tu? Sehingga hari ini saya masih belum ada...

"Jangan buat media statement hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya. Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral."

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Nagakanni Subramaniam, Perodua, Perodua Bezza, Perodua Bezza Rosak Enjin Masuk Gula

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev