• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Enjin Bezza Ada Gula? Pemilik Geram Baru Lapan Jam Pandu, Kereta Baharu Sudah Kena Tunda

Enjin Bezza Ada Gula? Pemilik Geram Baru Lapan Jam Pandu, Kereta Baharu Sudah Kena Tunda

January 3, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


KETERUJAAN seorang wanita memiliki kereta baharu bertukar kecewa apabila kereta yang baru dibelinya itu rosak dalam tempoh tidak sampai lapan jam.

Lebih menyedihkan, Nagakanni Subramaniam terpaksa membayar pinjaman bulanan Perodua Bezza baharunya itu sebanyak RM537, sedangkan sedan tersebut masih tersadai di Pusat Servis.

Berkongsi kisah di laman Facebook, Nagakanni mendakwa membeli kereta itu dari sebuah bilik pameran Perodua di Segamat, jam 11 pagi, pada 17 Oktober lalu.

Namun, selepas lapan jam memandu dan ketika mahu menghidupkan enjin, kereta tersebut tidak dapat dihidupkan.

ADA GULA DALAM ENJIN?

Selepas ditunda ke Pusat Servis di Segamat, dia dimaklumkan juruteknik Perodua enjin keretanya sudah rosak. Dia kemudian meminta diganti kereta baharu, tetapi diminta menunggu keputusan ibu pejabat Perodua dalam anggaran tempoh dua minggu hingga sebulan.

Kemudian pada 9 November lalu, Nagakanni dihubungi Eksekutif Jualan Pelanggan dari ibu pejabat Perodua, Suffian yang memaklumkan siasatan awal mendapati enjin Bezza miliknya rosak disebabkan kehadiran bendasing seperti gula yang mana bahan tersebut tidak digunakan pengeluar nasional itu.

Nagakanni menegaskan tidak pernah membawa sebarang makanan atau gula dalam tempoh lapan jam selepas menerima kereta baharu itu, apatah lagi enjin.

Malah, Suffian menghubunginya dan meminta dia membuat pinjaman baharu bagi mendapatkan kereta ganti yang baharu.

Saya kata saya boleh buat hanya lepas dia settlekan loan lama saya dulu. Sebab sehingga hari ni, saya masih bayar loan kereta tu."

DISURUH BUAT PINJAMAN BAHARU

Sebaliknya, pada 4 Disember lalu, jurujual dari pusat jualan meminta Nagakanni menyediakan dokumen untuk memohon pinjaman kedua, tetapi ditolak kerana pinjaman pertama masih belum diselesaikan.

Empat hari kemudian pada 8 Disember lalu, khidmat pelanggan memaklumkan cadangan akhir belum dipersetujui kerana ibu pejabat masih menyiasat kesilapan dalaman dan belum boleh beri persetujuan hitam putih untuk menukar baharu keretanya.

Malah, Nagakanni hingga ke hari ini masih belum menerima sebarang jawapan secara bertulis daripada Perodua walaupun sudah menunggu lebih dua bulan.

Tapi saya masih kena bayar loan setiap bulan.

"Saya harap sangat kawan-kawan Facebook dapat share posting ini supaya Perodua dapat selesaikan isu ini."

"Saya hanya lawan untuk pertahan hak saya."

Nagakanni turut membuat laporang polis berhubung masalah dihadapinya. Buat masa ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Perodua.

SUMBER: FB Nagakanni Subramaniam

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Baru Lapan Jam Pandu Perodua Bezza Sudah Rosak, kereta rosak, Mangsa Kereta Rosak, Perodua, Perodua Bezza, Perodua Bezza Rosak, Perodua Segamat, tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my