• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 100,000 Pengguna Daftar PADU!

Lebih 100,000 Pengguna Daftar PADU!

January 3, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBELUM kecoh mengenai isu keselamatan dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) (baca SINI), sistem berkenaan sudahpun merekodkan lebih 100,000 pendaftaran dalam tempoh kurang 24 jam selepas dilancarkan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin (foto atas kiri) berkata, walaupun bilangan trafik melalui laman web PADU tinggi, semua jumlah pendaftaran dilakukan adalah melibatkan proses atas talian.

Setakat ini, kita mencapai lebih 100,000 pengguna yang berjaya mendaftar dalam sistem PADU, ini dilakukan majoritinya secara kendiri atas talian,” katanya dalam temu bual hari ini, di AWANI Pagi.

Mohd Uzir berkata, cabaran dihadapi adalah memastikan tiada rakyat Malaysia tercicir dalam tempoh tiga bulan pendaftaran dibuka.

Antara cabaran kita lihat adalah bagaimana kita dapat pastikan pendaftaran dapat dilakukan semaksimum mungkin hingga 100 peratus rakyat Malaysia,

“Dan untuk kita mencapai perkara ini adalah kita perlu berada di seluruh pelusuk negara, terutama kawasan luar bandar dan jauh dari kemudahan dan fasiliti yang mempunyai ketersambungan Internet,” katanya.

Menurutnya, operasi berkenaan sudahpun dirancang Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) negeri seluruh negara.

Untuk makluman, seawal dilancarkan semalam, kita sudahpun bersama Pusat Ekonomi Digital di 911 pejabat seluruh negara, 44 DOSM negeri dan daerah, termasuk 27 Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara akan mengerakkan kemudahan Starlink bagi menjayakan pendaftaran ini.

“Ini kerana prinsip dan pendekatan paperless (tanpa kertas) akan digunakan bagi memastikan maklumat terus masuk ke dalam sistem,” katanya lagi.

DOSM mensasarkan 29 juta rakyat Malaysia mendaftar dalam sistem PADU yang dibuka bermula semalam (2 Januari) hingga 31 Mac 2024.

Semalam, buat kali pertama PADU dilancarkan sebagai usaha mengintegrasi dan menyelaras pelbagai pangkalan data peringkat Kerajaan.

Kerjasama agensi berkaitan diperkukuh melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) bagi memastikan akses pendaftaran dapat dicapai seluruh negara.

SUMBER: Awani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, Sistem PADU, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev