• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kedah Rekod Kemalangan Maut Tertinggi Malaysia Sepanjang 2023

Kedah Rekod Kemalangan Maut Tertinggi Malaysia Sepanjang 2023

January 3, 2024 By Fikri Leave a Comment

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengenal pasti tiga daerah sebagai kawasan yang merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi sepanjang Januari hingga September 2023.

Daerah Kuala Muda merekodkan 121 kes kemalangan maut, disusuli Kota Setar (75 kes) dan Kulim (63 kes).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Aman Shah Hashim berkata, statistik mendedahkan daerah Kuala Muda bukan saja merekodkan kadar kemalangan maut tertinggi di Kedah, tetapi juga paling tinggi di Malaysia.

Menurutnya, dua universiti yang menganggotai Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) kini sedang menjalankan kajian mengenai faktor berlaku banyak kemalangan maut di daerah tersebut.

Kajian menyeluruh juga akan dibuat bagi mengenal pasti punca dan cara mengatasi kemalangan maut di daerah berkenaan. Pada masa sama, JPJ Negeri akan berkolaborasi dengan beberapa pihak lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kemalangan tidak hanya berpunca daripada sikap pemandu, sebaliknya turut disebabkan pelbagai faktor lain, termasuk keadaan kenderaan dan jalan raya.

"Maka kami akan terus berusaha membawa kesedaran kepada pengguna jalan raya melalui pelbagai program, antaranya kempen kesedaran, advokasi dan dialog antara pelbagai pihak," kata Aman Shah lagi.

SUMBER: Awani

Related

38
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JPJ kedah, kemalangan, kemalangan jalan raya, kemalangan maut, Kes Kemalangan Maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev