• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Boleh Daftar Guna Kad Pengenalan Orang Lain, Kian Ming Gesa Kerajaan Gantung Sistem PADU

Boleh Daftar Guna Kad Pengenalan Orang Lain, Kian Ming Gesa Kerajaan Gantung Sistem PADU

January 3, 2024 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

MANTAN Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming menggesa Pangkalan Data Utama (PADU) digantung sementara hingga kelemahan keselamatan sistem itu dibaiki.

Kian Ming mendakwa mengesan dan menerima maklum balas orang ramai mengenai keselamatan sistem berkenaan.

Menurutnya, mereka yang sedang menerima bantuan Kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tetapi tidak layak kerana memiliki pendapatan dan cukai lain seperti sewa rumah dan tanah tidak akan mengisi maklumat tepat dalam PADU.

Malah, sesetengah pengguna, termasuk beliau sendiri tertanya-tanya, kenapa begitu banyak ruangan tidak diisi sedangkan PADU sepatutnya memiliki data yang disalurkan daripada beberapa Kementerian dan Agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau berkata lagi, jika maklumat berkenaan boleh diperoleh daripada Kementerian dan Agensi berkenaan, kenapa PADU meminta lagi pengguna mengisi maklumat tersebut?

Kian Ming turut mempersoal kemungkinan maklumat diberikan itu tidak sama seperti terdapat dalam pangkalan data PADU.

Akhir sekali adalah isu keselamatan yang mana seseorang pengguna itu boleh mendaftarkan diri menggunakan kad pengenalan individu lain. Ini dapat dilakukan tanpa perlu melalui eKYC, iaitu proses pengesahan untuk membuktikan kesahihan identiti pengguna tersebut menerusi platform digital.

Ini dibuktikan Kian Ming apabila beliau sendiri cuba mendaftarkan diri dalam sistem PADU menggunakan kad pengenalan dan poskod beberapa nama rakan parti dalam Parti Demokratik Rakyat (DAP).

Justeru mantan Ahli Parlimen Bangi itu menggesa Kabinet menggantung sistem PADU hingga isu keselamatan diselesaikan.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, eKYC, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Ong Kian Ming, Pangkalan Data Utama (PADU), Parti Demokratik Rakyat (DAP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Sistem PADU, Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my