• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Jual Lebih 1.6 Juta Unit Kenderaan Sepanjang 2023, Naik 18 Peratus!

Geely Jual Lebih 1.6 Juta Unit Kenderaan Sepanjang 2023, Naik 18 Peratus!

January 2, 2024 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


GEELY menjual 1,686,516 unit kenderaan, peningkatan tahun ke tahun 18 peratus, melebihi sasaran jualan tahunan asal pengeluar itu (1.65 juta unit) pada 2023.

Sebanyak, 487,461 unit kenderaan tenaga baharu (NEV) dijual, peningkatan tahun ke tahun 48 peratus, iaitu hampir satu pertiga daripada jualan tahunan Geely dengan pertumbuhan tahun demi tahun positif selama 11 bulan berturut-turut.

Pada 2024, Geely menetapkan sasaran jualan 1.9 juta kenderaan dan kadar pertumbuhan jualan kenderaan elektrik (EV) 66 peratus. Dipecahkan kepada jenama, jualan terkumpul jenama Geely sepanjang 2023 ialah 1,309,580 unit, peningkatan 16 peratus tahun ke tahun.

Antaranya, siri Geely Galaxy (SUV PHEV L7, dan sedan PHEV L6) terjual 83,497 unit kenderaan dalam tempoh tujuh bulan selepas pelancaran, manakala siri Geely Geometry meraih jumlah jualan terkumpul 191,346 unit pada 2023, peningkatan tahunan 28 peratus.

Jenama Lynk & Co pula menjual 220,250 unit kenderaan sepanjang tahun lalu, peningkatan tahun ke tahun 22 peratus, termasuk 25,695 unit dijual bulan lalu (Disember), peningkatan tahun ke tahun 17 peratus.

Setakat akhir Disember lalu, Lynk & Co sudah membuka 11 premis di enam negara Eropah.

Jumlah penghantaran terkumpul Zeekr sepanjang 2023 pula 118,685 unit kenderaan, peningkatan tahun ke tahun 65 peratus, termasuk 13,476 unit dihantar pada Disember lalu, peningkatan tahun ke tahun 18.9 peratus.

Setakat akhir Disember lalu, jumlah penghantaran terkumpul Zeekr sudah melebihi 190,000 unit. Setakat ini, Zeekr membina 432 stesen cas, dan dijangka mencecah 1,000 stesen cas tahun ini (2024), dan 10,000 stesen menjelang 2026.

Livan, jenama kenderaan yang terkenal dengan ciri bateri boleh tukar, menjual 3,900 unit kenderaan pada bulan lalu dengan jualan terkumpul tahunan 38,001 unit kenderaan.

Pada 2023, Livan melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Livan 7 dan membuka bilik pameran di Azerbaijan.

Geely turut mengeksport 274,101 unit kenderaan ke luar negara, peningkatan 38 peratus tahun ke tahun, termasuk 21,347 unit yang dieksport Disember lalu, peningkatan tahunan 9 peratus.

Pada masa sama, Geely berjaya bertapak di Timur Tengah, Asia Pasifik, Afrika, Amerika Latin dan Pan-Eropah, dengan membuka 532 cawangan jualan dan perkhidmatan di 70 negara dan 10 produk dilancarkan di 43 negara. Ini termasuk menubuhkan subsidiari keempat di Mexico dalam usaha menembusi pasaran Amerika Latin.

SUMBER: CarNewsChina.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Geely, Geely Galaxy L7, Geely Geometry, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev