• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengeluar Jepun Labur Lebih RM20b Mahu Bina EV di Thailand

Pengeluar Jepun Labur Lebih RM20b Mahu Bina EV di Thailand

December 29, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


THAILAND sudah lama menjadi destinasi pengeluar Jepun memasang kenderaan untuk pasaran Asean.

Situasi itu diteruskan pada era peralihan kenderaan elektrik (EV) dengan empat pengeluar bakal melabur 150 bilion baht (RM20.2 bilion) dalam industri EV di Thailand.

Jurucakap Kerajaan, Chai Wacharonke berkata, Toyota dan Honda akan melabur 50 bilion baht (RM6.7 bilion), manakala Isuzu dan Mitsubishi masing-masing menambah 30 bilion baht (RM4 bilion) dan 20 bilion baht (RM2 .7 bilion).

Pengeluaran trak pikap elektrik dijangka meningkat beberapa tahun akan datang apabila Thailand beralih daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada EV.

Wacharonke mengesahkan pengeluar tersebut mahu menjadikan Thailand sebagai hab pengeluaran EV dengan sokongan Kerajaan. Mereka turut menyokong teknologi penukaran bateri untuk kenderaan komersial.

Perdana Menteri menekankan pengeluar Jepun boleh memainkan peranan penting dalam membantu Thailand menjadi peneraju dalam pembuatan EV di Asean.

“Thailand berminat bekerjasama dengan pengeluar Jepun yang mahu meluaskan pelaburan dalam negara ini untuk mewujudkan faedah bersama bagi industri EV kedua-dua negara.”

Laporan itu juga menyatakan Persekutuan Industri Thailand menjangka Thailand akan membina 2.5 juta kenderaan menjelang 2030,  dan 30 peratus daripadanya terdiri daripada EV.

Honda sudahpun mengambil langkah pertama ke arah pengeluaran EV skala penuh di Thailand. Awal bulan ini, pengeluar itu membuka barisan pengeluaran EV dan membina kenderaan utiliti sukan (SUV) e:N1 baharu, berasaskan HR-V.

SUV itu boleh dikatakan sama seperti model saudaranya, kecuali unit infotainmen skrin sentuh vertikal 15.1 inci yang besar dan motor elektrik tunggal yang menghasilkan output kuasa 150kW (201hp) dan tork 310Nm.

Bateri 68.8kWj memberikan jarak pemanduan 412km dengan maklumat pelancaran akan diumumkan suku pertama 2024. Malaysia turut menggalakkan pengeluar automotif membina EV. Namun, hanya Volvo (dengan XC40 dan C40) dan Mercedes-Benz (dengan EQS) yang komited membina kenderaan sifar emisi di Malaysia,.

smart pula sedang meneroka peluang bersama Proton, manakala pengeluar nasional Proton dan Perodua dijangka membina EV sendiri menjelang 2025.

SUMBER: BangkokPost

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, Honda, japan, Kenderaan Elektrik (EV), Pengeluar Automotif Jepun, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my