• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CT125 Hunter Cub 2024 Jepun Terima Warna Baharu Turmeric Yellow, Harga RM14.3k

Honda CT125 Hunter Cub 2024 Jepun Terima Warna Baharu Turmeric Yellow, Harga RM14.3k

July 13, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MENYEMAK semula artikel Honda CT125 Hunter Cub menunjukkan kami tekal melaporkan perkembangan model tersebut. Ini kerana CT125 Hunter Cub ialah model kapcai unik dengan gaya advencer.

Ruang itu terisi di pasaran tempatan melalui Aveta Ranger 110 dan terbaharu, Aveta Ranger Max Explorer yang ada kelompok peminat tersendiri. Ini tidak boleh dipandang sebelah mata, malah Ranger 110 terjual lebih 10,000 unit sejak 2021!

Baru dilancar 24 November tahun lalu, pemilik Aveta Ranger Max (foto atas kiri) sudahpun membawa kapcai itu ke merata tempat, termasuk negara jiran dengan habitatnya di dalam hutan!

Selain Honda dan Aveta, Yamaha turut mempunyai kapcai advencer, iaitu PG-1 (foto atas kanan) yang diperkenal di Thailand pada November 2023.

Berbalik tajuk utama, Honda CT125 Hunter Cub juga berada dalam kumpulan bulan November, atau lebih tepat pada 9 November 2023 apabila Honda memperkenalkan warna Turmeric Yellow (kuning) baharu dan diedar pada 14 Disember.

Aveta Ranger Max dan Yamaha PG-1 turut ditawarkan dalam warna kuning! Warna terbaharu Honda CT125 Hunter Cub adalah tambahan kepada Glowing Red (merah) dan Matte Armored Silver Metallic (perak). Lihat foto atas.

Melihat kepada ciri mekanikal, Honda CT125 Hunter Cub 2024 kekal seperti terdahulu, iaitu:

  • Enjin JA65E silinder tunggal 123cc OHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 8.9hp @ 6,250 rpm dan tork 11Nm @ 4,750rpm.
  • Enjin JA65E ialah unit baharu yang diperkenal pada model 2022/2023, dan lebih berkuasa.
  • Transmisi klac automatik 4-kelajuan.
  • Set tayar dan rim untuk meredah lumpur juga kekal, iaitu 80/90-17M/C 44P di depan dan 80/90-17M/C 50P (belakang).
  • Kapasiti tangki petrol 5.3 liter.
  • Tugas membrek diserah kepada set brek cakera depan dan belakang dengan roda depan dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Honda mensasarkan jualan CT125 Hunter Cub yang diimport dari Thailand ini sebanyak 11,000 unit setahun, manakala harga ditawarkan 440,000 yen (RM14,380).

Harga itu pula kekal pada 2020 dan 2022, cuma kadar tukaran berbeza dalam tinggit Malaysia (RM) yang masing-masing bersamaan RM17,420 dan RM14,115.

Honda CT125 Hunter Cub 2024 Jepun
Honda CT125 Hunter Cub 2022/2023 Jepun
Honda Trail125 2023 AS

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CT125 Hunter Cub, Honda CT125 Hunter Cub 2024, Honda Japan, Kapcai, Kapcai Advencer, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my