• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Syak Anak Maut Sebab Langgar Jalan Berlubang, Bapa Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Syak Anak Maut Sebab Langgar Jalan Berlubang, Bapa Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

December 27, 2023 By Fikri Leave a Comment

FacebookTwitter


KELUARGA kepada penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan di Jalan Mantin-Beranang, Negeri Sembilan Rabu lalu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) jika insiden yang berlaku ada kaitan dengan kondisi jalan rosak di situ.

Bapa mangsa, Abdul Sani Md Yatim, 61, berkata, mereka sekeluarga kini sedang menunggu laporan penuh polis berhubung kejadian berkenaan.

Saya masih menunggu laporan kimia motosikal arwah dan ada beberapa lagi perkara perlu diselesaikan sebelum tindakan undang-undang diambil.

"Memanglah sebelum ini polis ada maklumkan anak saya dipercayai dilanggar lari, tapi sebagai bapa, saya tetap merasakan kemalangan berlaku ada kaitan dengan keadaan jalan rosak di situ.

Abdul Sani difahamkan sudah ada beberapa kes orang awam hampir kemalangan di situ disebabkan keadaan jalan berlubang dan bertakung air.

Menurutnya, pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan segera dengan masalah jalan rosak berisiko menyebabkan kemalangan, terutama penunggang motosikal.

Tindakan undang-undang itu kemungkinan kepada Kerajaan atau JKR. Lagipun saya pelik bila pagi itu anak saya meninggal dunia akibat kemalangan, petang itu cepat saja pihak JKR betulkan jalan itu.

"Memanglah sudah ketentuan ALLAH anak saya meninggal. Tapi kalau betullah anak saya kemalangan disebabkan jalan rosak, saya tak boleh berdiam saja."

Abdul Sani berharap tindakan undang-undang itu dapat dijadikan pengajaran supaya pihak berwajib lebih bertanggungjawab dalam isu jalan rosak yang bukan saja berlaku di Negeri Sembilan, tetapi juga negeri lain di Malaysia.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superitendan Mat Ghani Lateh berkata, tiada perkembangan lanjut mengenai insiden berkenaan setakat ini, dan polis masih mengharapkan maklumat awam bagi membantu siasatan.

Insiden jam 9.30 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Mohamad Fitri Abdul Sani, 30, yang bekerja sebagai penghantar barang, dalam perjalanan ke tempat kerja.

Polis memaklumkan kapcai jenis Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa dipercayai dilanggar lari kenderaan lain dengan nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan.

SUMBER: SinarHarian | FB SendayanMacamMacamAda

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, JKR Negeri Sembilan, kemalangan jalan berlubang, kemalangan jalan raya, kemalangan maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my